Tuesday, November 30, 2010

MasyaAllah.. hari ini lupa lagi...(*_*)

Semalam haku lupa bawa purse.. Semua identiti haku tertinggal di rumah. Drive pun membuta jerk.. kalau incik trapik tahan menggelupur lah di situ dengan persembahan lakonan² terbaik..



Pinjam gambar hadik haku yang kurang aktifast tapi rajin...banding hadik haku yang INI. hahahah! MekTeQ oi.. Apalah yang difikirkan tu heh! Lupa macam haku juga ka?

Alhamdulillah walaupun semalam lupa purse selamat juga sampai di rumah dengan tenang. Makan pun kekenyangan juga, bekpes pagi tu pinjam duit deem beli nasi lemak RM2.. air bancuh sendiri- MILO. Tapi tengah harinya dah boley pakai duit sendiri coz kawan opish ada beli brooch dari haku... Rm15.. Duit deem pun settel di bayar balik, makan seharian haku pun lepas.. Syukur Alhamdulillah ^_^

pelupa

Tapi hari ni lupa bawa kunci opish pula.. sekali kunci sever di situ. 2 dalam serangkai... hahaha!! Nasib baik pagi tadi sever tak ada buat hal.. kalau tak.. lakonan terbaik lagi haku kasi sementara menunggu jam 8.30..keh keh keh!.

Jadi jam 8.30 pagi baru haku boleh masuk opish yang sunyi sepi dan tenang nih. kalau di bilik sever sana.. tak sanggup yoo.. Boleh pekak haku dibuatnya... bising.wekkkk!

mode: Mr.A yang bertambah usia.. haku pula yang pelupa.. why why why???


sayang @myn@ ^_^

Link e-penyata gaji dan laporan dari ANM

Berkuatkuasa bulan lepas..Oktober 2010, Jabatan Akuantan Negara telah memperkenalkan semakan penyata gaji secara online atau lebih dikenali sebagai e-penyata gaji dan laporan. Ini bertujuan menggantikan penyata gaji semasa. Segalanya dihujung jari.. haipp haipp!!

Semakan e-penyata tersebut boleh di akses di laman web ANM atau. Klik SINI harap maklum ^_^

Link e-penyata gaji dan laporan

Boleh juga klik gambar di atas tu.. Zasss!!!

jabatan akauntan negara

Haku letak di bawah gadget Favorite Link. Senang nanti haku nak buat semakan setiap bulan.. kalau uols pun memerlukan sama macam haku.. silalah letak.. Tak pun nak akses dari sini pun boley... sukAaaa~~


Mode: Bantuan kewangan khas (BKK) di bayar belum.. he3.


sayang @myn@ ^_^


Monday, November 29, 2010

Friendship award by ellen

Thank ya ellen... Actually award asal datang nya dari blog meizann09. Ellen settel yang ni myna masih ada lagi hutang tag dengan ellen.. hehehe!! tak apa kan ellen.. slow² myna kayuh.. =D




Soalan tag :

1) What do you think of Meizannon9's blog?
  • Blog hijau yang menggunakan 3 column, sama macam blog haku cuma warna berbeza.
  • Blogger dari sabahan.
  • Blog sorang isteri "Jadikanlah Aku isteri yang terbaik buatnya".. InsyaAllah ^_^.
  • Penjual Produk BIO Asli..Apa kata logo Produk Bio Asli kasi letak bahagian atas² sikit supaya blogger² atau pengungjung web nampak jelas.. haipp haip!!
  • 1st time myna menelek² ke sana, jangan marah ha.. moga dapat membantu pren.. kita sama² berbisnes.. hoyeahhhh!!
  • Dah itu jerk dulu.. Ngee~~

2) List down your friend's.
  • Demm ==> http://deem2884.blogspot.com/
  • Suya ==> http://heremybeautifulworld.blogspot.com/
  • Nisah ==> http://hanisahhamid56.blogspot.com/
  • Kak Lynn ==> http://lynnhamzah.blogspot.com/
  • Fadxieza ==> http://xieza258.blogspot.com/
  • Semua pengunjung blog Amyna.. sila lah amik~~ friendship!!
sayang @myn@ ^_^



7 ciri -ciri utama habatus sauda

Sambungan dari entri khasiat Habatus sauda dan Betul ke amalan pengambilan habbatus sauda boleh menyebababkan monopouse . Hari ini haku nak kongsikan 7 ciri² utama habatus sauda. So.. layannn~~

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1- Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2- Sistem Imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3-
Anti Histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4- Anti- Tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5- Anti Bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6- Anti radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7- Menggalakkan pengeluaran susu.

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Sumber: http://aja49.wordpress.com


sayang @myn@ ^_^

Sunday, November 28, 2010

Ke JPN dengan Mr.A...

Pagi tadi temankan Mr.A ke JPN.. Mr.A baru nak buat kad pengenalan biru macam kita tu untuk kali ke-2.. Setelah sekian lama tidak memiliki kad pengenalan biru. sekarang baru berpeluang nak buat kad pengenalan biru semula. Semua nya atas arahan dari pihak atasan sana.. Dengar² Uniform pun macam kena ubah design. haku pun tak faham. dengar saja lah Mr.A cerita.. Sebagai anggota bawahan akur sahaja.. wekk~~



Kena pakai uniform lengkap sampai ke hujung kaki.. padahal kalau nak bergambar setakat muka sahaja.. hehehe!!

Ehh Mr.A cakap haku nampak semakin berisi lohh.. Baru tinggal haku semalam pergi duty.. hari ni nampaks haku berisi sudah.. tak kan kerana aktiviti memasak nasi kerabu secara berjemaah tu.. kalau macam tu qoedahnya, setiap minggu kena buat aktiviti makan² la...=D

Pendapat uols macam mana? haku suka dengar komen Mr.A cam tu, sebab itu salah satu usaha haku untuk AMYNA.. Kalau kecik susah kot mau preggy.. Ngee~~



sayang @myn@ ^_^

Saturday, November 27, 2010

Tutorial Fan Page FB - LIKE

Sambungan dari entry Anda Like.. Terima Kasih. Sebelum nak create FunPage anda mesti ke laman utama http://www.facebook.com seperti paparan di bawah.

Fan Page Facebook

Opss!! Ada juga rakan blogger yang minta tutorial, haku sempat snap permintaan puteri. Tapi url blog nya haku tak ingat sudah.. ada haku save tapi ntah di bawah link mana? cari nama puteri tak jumpa..

Fan Facebook

Lama dah puteri request.. 8 November. Baru hari ni haku dapat publish. Mahap ya puteri.. jangan merajuk sampai tak singgah sini pula.. Ok noktah..sambung tutorial..

******************************************
Step 1 == > Di laman utama Facebook tersebut, scroll ke bawah sekali.. klik Link Create a Page for a celebrity, band or business. Akan muncul paparan seperti gambar di bawah.

Page Facebook

Step 2 ==>
  • Pada bahagian Official Page tick Brand, product and organization.
  • Products Scroll ke bawah - Pilih Website (A)
  • Masukkan nama pada ruang Page Name (B) dan tick Terms and Condition(C).
  • Kemudian klik Create Official Page (D)
Facebook Like
Gambaran ringkas untuk step ke-2

Step 3 ==> Bila klik Create Official Page automatik akan di minta Login menggunakan akaun Facebook anda. Ada dua pilihan button di situ.

button Facebook

Jika anda mahu akaun admin facebook yang baru untuk page tersebut. anda boleh create semula.

Find us on facebook
Atau menggunakan akaun yang sama.. anda boleh terus login dan pergi ke langkah seterusnya.

Step 4 ==> Bila login Facebook berjaya...

facebook

Akan muncul paparan fanpage yang berjaya diwujudkan. Segala detail, edit information atau gambar anda boleh upload seperti biasa pada page tersebut..

Step 5 ==> Memasukkan Badges FanPages blog anda.

klik Like
  • Di bahagian bawah ruangan Profile FanPage anda.. scroll ke bawah ya dan klik Badges .

like
  • Klik link Social Plugins..

  • Kemudian pilih Like Box untuk pamerkan bagdes tersebut di blog anda.
FanPage FB
  • Sebelum pamerkan anda boleh setting mengikut kesesuaian paparan di blog anda. Itu anda boleh godek² sendiri lah ya.. Preview ada di sebelah. bila dah cun melecun macam di atas tu. Boleh ambil coding, Copy dan paste di blog anda.. Berjaya!!!!
  • Cara nak paste coding perlu Log in ur blog 1st ==> Page Layout (Design) ==> Page Elements ==> Add a gadget ( HTML/JavaScript) ==> Paste coding yang di copy dan save.
Okeh dah siap.. anda SUKA anda LIKE.. hehehe! Pada rakan blogger yang mencari tutorial nih dipersilakan. Moga dapat membantu anda² semua. InsyaAllah ^_^. Myna rujuk dari Blog Ejum. Selamat mencuba =D


sayang @myn@ ^_^


Friday, November 26, 2010

Mr.A bersama NeMO buah Hati Ellen ^_^

Uols jangan kecik hati tau.. Entri nih khas untuk tatapan Nemo.. Ellen cepat panggil Nemo suruh meh tengok sini.. Banyak gambar dia di sini... Tadi pagi Nemo tinggal jejak kat haku suruh singgah blog dia.. dia bagitahu ada gambar untie di sana.. Nemo kan dah ada blog, sekarang celik IT ohh dia.. haipp haip!



Semua gambar nih adalah kenangan yang tercipta semasa Stompin' Sabah awal bulan hari tu.. Alhamdulillah.. dapat bertentang juga mata kami setelah beberapa bulan bermesra di alam maya.. he3.



Mesra betul Nemo nih.. Kalau macam nih gaya dia mudah mendapat kawan. Mana tak nya Nemo boleh berbual dengan Mr.A macam dah lama sangat kenal.. Siap bercerita lagi tentang gambar yang ada dalam kamera tu dekat Mr.A.. Haku and ellen pandang² sajork dorunk.. pehtu kami bercerita hal kami..



Mr.A suka dengan budak².. Dapat pula stail Nemo lagi sukalah Mr.A.. Bila lah untie nak ada baby nih Nemo.. Alalalalala~~~



Opss!! ada juga gambar kita berdua Nemo.. Hehehehe! Sebelum itu, untie nak ucap berbanyak Terima kasih dekat Nemo kerana tolong snap gambar untie bersama kawan² mummy yang lain. Uncle Jerry, uncle Aless dan Untie Wanie.. Sampai bateri week... kui3x.

Okeh last... Nemo nanti bawa Mummy & daddy meh jenjalan ke rumah untie ya. Kita plan pergi pulau.. amacam!!


sayang @myn@ ^_^


Giveaway by ViwyGurlish

GA nih haku di tag oleh CikMoon.. Penganjur GA adalah dari ViwyGurlish. Terima kasih ya uols berdua.. Pada CikMoon moga kita sama terpilih dalam 10 yang bertuah itu ya... InsyaAllah ^_^.

Tarikh tutup GA pada 26 November 2010 . wahh esok lah ehh... last minit nih CikMoon.. hahaha!!




Untuk lebih detail syarat² GA ini boleh klik Giveaway by ViwyGurlish.

Haku dah jadi follower yang ke-166 (Amyna). Meletakkan banner di side bar blog (Contest Terkini) dan siap sedia link kan ke blog pihak penganjur.



Menurut penganjur ini antara hadiah untuk 10 bloggers² yang terpilih..Suka haku nak bagitahu di sini.. penganjur amat mengalu²kan kepada peminat handbag tau, pada yang tak minat pun boleh juga kerana Grand Prize sangat hebat tapi suprise...

Okeh di sini nak TAG mereka ini :
  • DeeM ==> http://deem2884.blogspot.com/
  • NisaH ==> http://hanisahhamid56.blogspot.com/
selamat menjoinkan diri dan semoga berjaya!!!

InsyaAllah ^_^


sayang @myn@ ^_^


Thursday, November 25, 2010

Preview besday Mr.A 3 tahun yang lepas!!

Ulangtahun kelahiran Mr.A pada tahun 2010 kian menghampiri...Hingga kini haku masih belum ada idea yang sempurna.. dalam kepala hotak nih macam² rancangan ada. Kek haku tak tempah pun lagi. sebenarnya teringin nak tempah Cokelat On9 by Ecah tu.sweet jerk tengok. Tapi sekarang pun haku belum buat pesanan.. sempat ka?? dah inbox ecah.. tapi belum dia reply. kalau tak sempat tak apa boleh postpone ke next event..

Besday Mr.A pada tahun 2007 haku dah lupa samaada kami dapat meraikan sekali ke tidak, almaklumlah sorang duduk pahang, sorang lagi duduk sabah nih..nak travel selalu pun susah. nak kena set cuti dan harga tiket.. Tapi tahun 2008 dan 2009 Alhamdulillah dapat meraikan dan abadikan kenangan bersama..



Masa tahun 2008 (Kuaters Pangkalan).. haku dah berpindah ke sini. Haku semangat nak meraikan ulangtahun ChentaHati. Macam² preparation haku buat.. Last² Mr.A kena stanby untuk ke Pulau ada kes penculikkan di sana. Itu yang Mr.A beruniform di tengah malam menjelang awal pagi.

waktu itu terasa semua plan hancus!! Tapi akhirnya Mr.A curik² masa juga balik ke rumah.. Nak menjaga perasaan isteri yang bekobar² nih.. sian Mr.A, mengadakan haku..;p



Kek dah siap rasmi.. jadik kita makan dulu. Kek haku main tunjuk² di Swan Cake sahaja dan spaghetti itu haku masak sendiri. Mudah sahaja sos prego kan ada.. cepat dan mudah. hehehe!!



Dah siap makan.. sesi membuka hadiah pula, haku bagi jam tangan jenama Casio. Kira haku membalas balik pemberian Mr.A pada majlis konvo haku (April 2008).. Mr.A hadiahkan jam tangan jenama Casio dan sehingga semalam haku still memakai jam tangan Casio tersebut.. Hari ini haku dah mula memakai jam tangan dari oman kerana Mr.A dah potong tali jam tersebut. Yeahh!! terima kasih sayang~~~




Masa tahun 2009 (Tawau )pula.. Meraikkan secara ringkas sahaja. Haku masak nasi berlauk untuk dinner seperti biasa. Simple tapi perut padat... hehehe! Kek nih haku tempah dekat zack isteri staf di pejabat haku..

Berselera Mr.A menikmati kek mana tak nya sebiji kek nih (1/2KG) just kami berdua sahaja... =D. Hadiah pun tak sempat dah nak snap coz masa nih Mr.A dah cuit mencuit.. haku pun tak sabaq juga. Opsss!!

Untuk tahun 2010.. kita tunggu plan apa yang akan muncul. wahhh wahh! macam menanti penerbitan filem pula kan.. Budget gempaq.. Apapun tunggu sahaja lah ya.. tak lama dah.. 4 hari sahaja lagi...



sayang @myn@ ^_^

Antara 26 khasiat² Habbatus Sauda'

Menurut beberapa hasil penelitian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat –dengan izin Allah– :

1. Menguatkan imunitas system pada diri manusia.

2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanker/tumor.

3. Mengobati reumatik, peradangan serta infeksi.

4. Menghentikan dan menyembuhkan penyakit pilek.==> Penyakit pada rongga hidung.

5. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus dapat mengeliminasi gas (dalam) perut.

6. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan
jika diletakkan di atas perut dari bagian luar sebagai aromaspa atau luluran.

7. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.

8. Menghilangkan sesak nafas & sejenis kesulitan nafas, melonggarkan penyumbatan akibat dahak.

9. Melancarkan haidh yang tersendat.

10. Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan pusing yang parah.

Habbatus Sauda
Gambar hasil Gegel image

Macam ini lah rupa bijiran habbatus sauda yang Mr.A bawa balik fresh dari ladang arab sana.

11. Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pinus dan kemudian dibuat untuk berkumur, maka hal itu akan menghilangkan sakit gigi yang disebabkan sensitifitas terhadap dingin.

12. Jika diminum, biji ini akan melancarkan kencing, haidh dan ASI.

13. Menyembuhkan gigitan Laba-laba.

14. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.

15. Menghilangkan sendawa asam yang berasal dari dahak dan melancholia (gangguan yang disebabkan kesedihan yang terus-menerus/depresi sehingga merusak bagian empedu).

16. Menghilangkan Kusta (lepra).

17. Menghilangkan demam Quartan (yakni demam yang menyerang manusia selama sehari kemudian mereda selama 2 hari kemudian menyerang lagi ketika hari ke-4).

18. Jika ditumbuk dan dibuat adonan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu yang muncul dalam ginjal dan kandung kemih serta sifat diuretic (memperlancar air seni).

19. Apabila digoreng dan dicium terus-menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan peradangan yang lebih kronis dari jerawat (tumor).

20. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian diteteskan ke dalam hidung 3 tetes akan menyembuhkan gejala pilek yang disertai bersin-bersin.

21. Jika dibakar dan dicampur dengan lilin dan minyak inai/henna atau minyak bunga iris serta dibalurkan pada borok-borok/koreng yang keluar di betis setelah dibersihkan dengan cuka, maka akan dapat menghilangkannya.

22. Bermanfaat untuk menyembuhkan bekas gigitan ****** (Rabies) dan aman dari kematian akibat rabies.

23. Jika dihirup akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis/lumpuh separuh).

24. Jika enzoat (celak persia) dicampur dengan air & dibalurkan ke lingkaran dubur (lobang dubur/anus) dan juga diminum dengan dosis sekitar 25 gr akan menyembuhkan Bawasir.

25. Jika disedot melalui hidung akan bermanfaat menghentikan air yang keluar pada mata.

26. Jika 2 sdt habbatus sauda direbus dengan air 2 gelas lalu ditambah madu akan mendinginkan perut yang panas karena asam lambung.


Semua khasiat yang tersenarai dia atas tu hasil haku Kopipes dari IncikMamat.. . Mana yang haku select PINK itu antara amalan haku dan Mr.A lakukan.. yang BIRU itu pula bakal dilakukan..

Menurut IncikMamat masih banyak lagi khasiat Habbatus sauda.. Itu yang haku pelik sebab banyak produk² kesihatan seperti Bio Asli menggunakan Habbatus Sauda.. produk DcL pun ada juga.. hehehehe!!


kebaikkan Habbatus Sauda

Gambar hasil dari laman web kedai kami.. E-Bidadari.com Meh la jenguk².

Nigella adalah salah satu produk DcL yang menggunakan Habbatus Sauda. Kami pengguna produk DcL sejak diperkenalkan pada tahun 2008.. Jadik tidak ada masalah dengan rasa bijirin nih. Bukan apa haku ada kongsikan bijirin ini dengan rakan opish yang sama² berusaha menanti zuriat.. 1st impression dia.. hahaha!! sendiri mau tau coz rasa nya memang tak sedapppp!! benda yang tak sedap itu lah ubat... kann kann!!

~~~Kekal jelita ayu bak bidadari ~~~

Mode: Siap promote biz haku lagik.. tak apa kan.. berminat inform ehh. kami ada banyak pakej menarik untuk free ahli & penghantaran. InsyaAllah ^_^.


sayang @myn@ ^_^


Alamaks!! Habbatus Sauda boleh Monopouse ka?

Hai allss... Hari nih haku busy, kepala pun ala² TingTong nih. Haku tak tahu apa puncanya.. Sejak Mr.A pulang dari somalia nun. haku mengamalkan pengambilan Habatus Sauda. Mr.A yang suggestkan.. Habatus Sauda tu Mr.A beli di Arab lohh.

Mr.A cakap bagus untuk dalaman. Kawan haku ieja pun cakap macam tu. Sebagai isteri haku akur & amalkan pengambilan itu, Semua nya untuk AMYNA. Selalu haku ambil sikit jerk TAPI pagi nih haku xcited apa ntah.. haku telan lebih dari biasa. Rasa nya sangat lain, pedaq payau tau.. Eee... wekkkk!! Terus laju² haku sumbat air... Legaa!!!!

Haku nak tanya uolss.. bagus ka Habattus Sauda tu ehh coz ada kawanku pidah bagi tahu tak bagus kerana boleh membuatkan cepat Monopouse.. Risau Juga nih, kalau betul apa yang disampaikan..haku nak berenti amal lah macam nih. Haku tak mau lah awal weyhh..kalau nak Monopouse pun biarlah ada hasil dulu... hak hak hak!!



Mode: Nak buat reserch TAPI tak boleh sekarang busy, jadi tanya pendapat uols dulu..:D

p/s: Pedaq = payau & pedih ;p


sayang @myn@ ^_^

Wednesday, November 24, 2010

Chocolate Giveaway

Chocolate Giveaway nih di anjurkan oleh MamaNaufal&Nureen. CtNurkhijah. Ct selalu dan rajin anjurkan GA untuk penyertaan rakan. tapi haku nih kerap terlepas... Nak join TAPI akhirnya tidak terjoin juga. L U P A.

GA Chocolate Giveaway tamat pada : 25 Disember 2010


Chocolate

Untuk detail tentang syarat penyertaan boleh klik gambar di atas ya ataupun klik di SINI. Menggiurkan pula tengok strawberry Chocolate nih... hadoiii.

Kawan jom la pakat join.. Ct inform hadiah untuk pemenang adalah dalam bentuk chocolate.. Langkawi kan sinonim degan chocolate..Yummyyyy!!!

Bestnya.. wishh me luck ya. InsyaAllah ^_^


sayang @myn@ ^_^

Tuesday, November 23, 2010

Fakta waktu subur wanita

Keinginan melakukan hubungan seks tinggi sewaktu hari subur. Bagi pasangan suami isteri yang ingin menikmati seks yang romantik adalah mencari hari paling subur.

subur wanita
Gambar hasil GodekGolD.

Fakta tentang pusingan haid wanita perlu ketahui :-

1. Wanita biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan haidnya. Jangkaan adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang berikutnya.

Telur yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim wanita melalui salur fallopian. Sperma lelaki perlu senyawakan telur dalam masa 24 jam dalam salur Fallopian ini. Satu-satu ruang yang akan memastikan telur yang disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang bersesuai.

Telur wanita hanya hidup 36 ke 48 jam. Selepas itu ia akan mati. Walaupun jangka masa hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka masa sesuai untuk senyawa telur hanya dalam masa 24 jam selepas ia dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan sewaktu telur bergerak dalam salur Fallopian.

Lebih kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal dan keluar sebagai haid wanita. Rahim kemudian akan membentuk lapisan baru untuk menunggu telur yang disenyawa pada pusingan haid berikutnya.


2. Sperma lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas air mani dipancut dalam faraj wanita.


Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira. Sebagai contoh sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar telur adalah hari yang ke 14 daripada haid hari pertama. Sekiranya wanita datang haid setiap 32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari ke 18.

Hari keluar telur, merupakan hari paling subur wanita. Dalam pusingan haid wanita terdapat tiga fasa, fasa tidak subur sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa tidak subur sebelum haid berikutnya.
Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid sehingga hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan sehingga 7 hari dalam wanita.

Jika wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh. Sekiranya hubungan seks dan pancutan air mani dilepas dalam faraj wanita, maka kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Hari ke 7 biasanya hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandung.

Hari ke 8 sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi melepaskan air mani dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Ini adalah afasa subur wanita.

Bagi yang ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul-betul sesuai untuk bersama melakukan hubungan seks dan memastikan peluang yang tinggi untuk mendapatkan anak.

Adalah diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks bukan hanya masuk dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma lelaki akan bertemu dengan telur di salur Fallopian. Untuk meninggikan lagi peluang untuk isteri mengandung. pasangan suami dan isteri perlu dengan berahi yang tinggi. Dengan berahi yang tinggi akan membuat pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau orgasm yang tinggi.

Berahi dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik dihasilkan. Wanita pula akan membuat faraj dan rahim menarik masuk mani dan sperma lelaki dengan denyutan-denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai ke salur fallopian. Ingat, hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung.

******************************************

Haku kongsikan di sini untuk memudahkan rujukan haku.. Tapi kalau readers sekalian maya nak lebih detail boleh terus ke laman utama web tersebut. Banyak info keharmonian rumahtangga di sana. InsyaAllah ^_^. Sekarang ini ada juga di jual e-book dengan harga promosi, wahh siap promote tuh.. share sharing lohh. Akhir sekali.. If readers berminat dengan laman tersebut dan ada account fB boleh LIKE FanPage di SINI... done!


Sumber: Ketahui waktu subur wanita.

sayang @myn@ ^_^

Monday, November 22, 2010

Cerita VS kisah kerbau pendek :p :p

Tadik Mr.A call bagitahu yang dia On duty lagik malam nih coz PakUda excident dilanggar kerbau pendek.. Di ulang ya, bukan Pak Uda yang langgar TAPI kerbau pendek tu yang langgar Pak Uda. Masa jatuh tu Pak Uda tak dapat bangun coz bahu nya patah jatuh terhempap motor..

Mujur tempat xcident tu tak jauh dari pangkalan, Mr.A cakap dekat bukit yang haku kena terjah dengan kerbau pendek suatu masa dahulu. Dah dekat Pak Uda balik sendiri dalam sakit² tu jumpa Mr.A minta bantuan. Settel- Pak Uda di bawa ke hospital dan Mr.A duty dua wash. Haku pun tak faham jenis duty nih.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Haku terbayang situasi masa haku di terjah kerbau pendek dahulu. Waktu tu dalam Jam 6 pagi. Sini jam 6 pagi tu dah cerah benderang tau...kira boleh nampak flora dan fauna sekeliling. kalau dari pangkalan haku akan gerak time gitu coz budget time sampai opish before jam 8 pagi..

Haku tergamam bila dengan selambanya kerbau pendek itu melintas tanpa toleh kiri kanan weyy ( Boleh ka dia toleh, bukan kah lurus saja). Mungkin juga kerbau pendek tu kejar masa nak bawa family bekpes. hahahha!!.. Masa tu haku tengah turun bukit dalam kelajuan seorang pemandu wanita yang waras, nasib baik sempat tekan break serapat²nya.. Mish pepel terhenti mengejut dan sikit lagi nak tercium laluan kerbau pendek tu. Kalau tidak Wallah u'alam... Allah s.w.t memelihara perjalanan haku ketika itu.. Alhamdulillah syukur ^_^

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Ops!! haku ada pengalaman manis bersama Ratuhati yang melibatkan kerbau pendek nih. Bila teringat mesti ketawa sampai tidak boleh nak control sudah. Nih nak kongsi dekat sini pun haku dah ketawa sorang².. Kenangan 8 tahun yang lalu. ceritanya bermula...

Masa dulu haku selalu ikut MakAyah pergi kebun getah kat ladang Felcra tu. Kalau pergi ke kebun haku akan ikut Ratuhati, kira jadi peneman buat Ratuhati. Ayah boleh la meneruskan koje di sebelah nun dan Ratuhati sebelah nih.. Cepat habis boleh balik awal.

Haku bukan peneman buta kayu sahaja tau..tulung² juga kumpul getah skrap sekali dan memastikan cawan susu getah bersih. Nanti Ratuhati sampai dekat pokok getah tersebut just toreh jerk dan pantau aliran susu getah masuk tepat ke cawan. Cepat sikit koje..heheh!

Dalam leka haku singgah dari satu pokok ke satu pokok.. tetiba~~~ Ayah haku yang di bahagian atas bukit sana nun ketawa yang hamat besar dan kuat..Haku terkejut. terus lari laju² mendekati Ratuhati. Takut weyy. Bukan haku saja yang terkejut.. sekumpulan kerbau pendek yang menghampiri ayah haku tu terkejut juga.lagik laju langkahnya menuju dekat kami di bawah nih..

Masa tu haku terkedu tak tahu nak buat apa.. dengar Ratuhati cakap.. "naik pokok kak". Haku cuba naik pokok sebelah ratuhati. tapi tak dapat la. Masa tu dengan tangan ada tong getah skrap. walawehhhh.. lawat sengal betul. Dalam jiwa gementar haku cuba sekali lagi tapi tak ternaik juga haku atas pokok tu.. macam mana mau naik, pokok getah bukan ada dahan yang boleh di capai... Kann kan!! Lagipun sekumpukan kerbau pendek tu dah semakin hampir dengan kami.. tanpa pikir panjang haku ambil jalan pintas....Zasss!!

Memanjat dan menarik baju ratuhati.. Boleh bayang tak macam mana situasi haku dengan ratuhati ketika itu.kelam kelibut. Ayah haku dari atas nun bertambah² ketawa besar dia tengok gelagat haku dengan Ratuhati di bawah nih.. Arwah PakLong MatKiE kebun sebelah ayah pun sam juga. Pehtu siap buat lawak dengan ayah. Kami masa tu memang tidak ada rasa malu dah. yang penting selamat... Bila sekumpulan kerbau pendek tu berlalu. Haku dah ratuhati masing² pandang memandang pehtu pakat ketawa berdekah dekah. Itu lah kenangan abadi masa haku rajin ke kebun MakAyah. 8 tahun yooo!!

Psst: Ayah haku ketawa besar sebab nak bagi kerbau pendek itu beredar dari kawasan ayah buat koje. Yang malangnya Kerbau pendek tu menghala ke arah kami ;p.


sayang @myn@ ^_^

Sunday, November 21, 2010

Ada tiga kategori manusia kata dia ;p

Sahabat dari opish lama di utara sana nun yang kongsikan ayat nih dengan haku.. Jadik haku kongsikan pula dengan pembaca Amyna... Ngee~~

Ada 3 kategori manusia :-

  • BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

  • TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam

  • CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

So.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Dah nak habis entry nih. Mana yang baik jadikan teladan.. yang buruk tu pandai² uols ehh. Kalau gamak tak suka tuh.. sila sampahkan lah disini..tetiba teringat puloks kat CikGayah. hik3x..


sayang @myn@ ^_^

Rayban untuk ChentaHatiKu..

Last 2 week haku ada jenjalan di blog kengkawan.. Macam biasa bila singgah menyinggah opcos la mata melilau lilau kan. Haku ternampak sale Rayban dari rakan blogger kita idealzcrazee. Kebetulan haku pun ngah memikir juga hadiah untuk besday Mr.A hujung bulan nih. Harganya pun berpatutan.. sungguh pun bukan original kaw². separa ori lohh ;p. Kalau original kaw² tue mau up dua ratus.. tapi ini below 2 ratus okayy. Nak detail meh la rujuk dekat JawapanKepadaSoal hatiAnda.

Haku terus belek² setiap model yang ada di blog aidil..tak tahu nak pilih yang mana satu.. Haku nih buta juga la bab² Rayban nih.. selalu duk beli pun Rayban pasar tani yang RM10-RM15 hinggit. tak pun haku rembat jerk dikereta akak dan adik coz mereka banyak koleksi.. haku kidnap satu pun mereka bukan perasan... Ahakss!!

Aidil yang explain dekat haku setiap jawapan kepada persoalan yang ingin haku tahu. banyak juga la haku tanya dia. Macam budak² baru nak belajar menuntut ilmu. hik3x. Terima kasih ya aidil..



Cuba sayang jangan tak cuba. kalau tak muat maknanya ayang yang punya. nanti ayang oder lain dengan aidil. Haku amik model ini atas persetujuan Mr.A juga.. dia tak tahu pun ada rayban baru di sebalik semua persoalan haku itu. Masa pesanan di buat haku tak dapat nak confirm saiz. Kalau nak tanya saiz nanti dah tak suprise pula kan.. jadi haku main ikut jerk ukuran Rayban Mr.A yang ada di rumah..



Syukur Alhamdulillah.. Mr.A suka dengan pilihan itu, senyum melebaQ dia.. Mulanya haku nak simpan tunggu hari ulangtahun Mr.A.. tapi cepat pula pesanan sampai. Aidil pos isnin minggu lepas. selasa esoknya dah sampai.. Pantas sungguh weyy!! Haku pun sepantas nya juga menyerahkan ke tangan Mr.A.. hehehe!!



Lagipun boleh la Mr.A pakai masa AidilAdha. Tak salah bertukar2 hadiah. Eratkan kasih & sayang antara SuamiIsteri kannn~~

Jadi sekarang haku kena pikir hadiah lain puloks di ulang tahun kelahiran Mr.A pada 29 November nanti.. Apa ehh???


sayang @myn@ ^_^


Saturday, November 20, 2010

Ber' WC dengan AA

Baru hari nih berkesempatan untuk WebCAm dengan Adam Asnawi. Kebetulan kami baru lepas lunch. Jadi lepak² sambil menonton sukan Asia 2010. sekali Adik pompuan haku yang aktifast tu roger nak skype.. Lappy haku nih belum ada software skype, so kami WC melalui YM sahaja.



Muka hairan vs terkejut dari AA.. Mahu tapi malu ;p




Dah mahu.. macam² aksi AA buat...Hepy betul AA.. Haku pun turut hepy.



Dia nampak Mr.A duk lambai² sambil panggey nama dia.. terus tersenyum. Almaklumlah dah dekat 10 bulan AA tak bertentang mata dengan Mr.A...Orang sekelilingnya pun turut katawa. macam tu juga lah haku di sini.



AA tunjuk gigi dia dekat haku & Mr.A.. pehtu main cak Lop Cakkkk!! sampai penat.Siap tersembam muka dia kat kerusi. Ratuhati cakap AA dah penat... Lucu. hehehe!!

Haisshhh... rindunya kat AA... Nanti bolan dobelas MakNgah & PakNgah balik kita redeem kerinduan ya sayang.. Harap PakNgah dapat cuti. kalau tak dapat cuti juga macam yang lepas nih.. MakNgah nak merajuk, pura² tak paham koje PakNgah ;p

Last WC disconnected macam tu sahaja coz AA tekan button Shutdown... Sayang Oh sayang. cerdik sungguh!!

sayang @myn@ ^_^


Thursday, November 18, 2010

status hari ini.. Wink*wink~~

Selamat Pagi dan salam AidilAdha untuk hari ke-2 kepada pembaca² Amyna.. Pagi nih haku akan ke rumah kawan seperti yang dimaklumkan dalam entry sebelum ini.

Masak memasak daging yang di korbankan. Kami just amik part untuk potong memotong sahaja.. Tapi tak sure juga.. takut nanti sampai sana lain jadinya, di suruh memasak atau pun di suruh tengok sahaja.. hak hak hak!!



Okeh la.. Meh jemput minum kopi nih dulu ya. Moga ceria dan bergembira di hari ke-2 AidilAdha.. InsyaAllah ^_^

Mode: Jangan sedih2.. haku pun off satu hari juga.. Majlis nih haku pergi atas kelepasan bos =D


sayang @myn@ ^_^

Tuesday, November 16, 2010

Ramai yang tidak balik... yeayyy!!

Rupanya ramai lagi kawan² yang tidak pulang ke kampung sempena AildilAdha kali ini... Dah ramai tidak pulang, pakat² buat plan nak jenjalan beraya ke rumah kawan². Aktiviti macam penuh nih. Alhamdulillah, terubat sikit kekecewaan yang lalu..

18hb pula ada majlis Qurban. Liza dah roger haku untuk membantu orang masak potong memotong apa yang patut. Haku membantu jerk tau bukan memasak... Opss bantu sekali makan.. Ngee~~

So kawan² siapa lagi yang tidak pulang.. meh pakat angkat mouse tinggi². hahahaha!!


sayang @myn@ ^_^

Monday, November 15, 2010

Persiapan menjelang hari raya..

Adilfitri yang lepas tau.. bukannya menjelang AidilAdha. AidilAdha pada kali ini bukan tiada persiapan tapi sederhana sahaja.. Sederhana itu kan indah~~ Mr.A sudah bagi tahu awal² lagi yang dia kena duty. haku pula just cuti 1 hari sahaja. wohohoho!!.



Antara jenis² biskut yang kami sediakan bersama² .. sebenarnya banyak lagi biskut, tetapi hanya 3 jenis ini sahaja yang memang laris dan terhangat di pasaran Felcra... Bila berbual dengan ratuhati, tersentuhnya perasaan ini bila ratuhati bagitahu..

" barang² kuih mak dah beli, kak tak jadi balik mak simpan dulu..lagipun kak ieta tak balik juga "

Haku terkedu.. dalam kepala pikiaq, mesti ratuhati tak dan nak buat sebab banyak tempahan baju atau ratuhati nak buat biskut untuk anak² yang jauh dan menantu (Mr.A) yang belum dapat bertentang mata secara live.. :-(



Biskut yang gelap tu sedapp! walaupun rupa dia tidak menawan, tapi sekali cuba berkali² ulang nak ngap lagi.. Biskut CokelatChip. Simple saja.. tak perlu acuan segala. hanya canai bulat pehtu tekan dengan garpu. bakar & siap!!



Aktiviti mengemas rumah secara bergotong royong.. Selalu ini 2 @ 3 hari menjelang raya, kira lepas settle bab biskut tu.



Kami akan bahagi tugas. time nie haku yang jadi ketua, haku kan akak...hahaha!! Kalau budak Aktifast tu baca mesti sentap... kahhhh! Macam mana hang sentap pun tetap kena kauteam bebaik dengan MekTeQ.. Tinggai hampa berdua sahaja harapan Ratuhati...



Persiapan beraya di rantauan tahun 2010 berbeza dari yang sebelum² ini. Dulu ada rumah di pangkalan sana, boleh la memeriahkan diri di sana.Terasa juga aura nak beraya coz tengok Mr.A busy naik/turun kuaters uruskan persiapan, pasang khemah untuk sambutan hari raya pertama bersama penghuni² kuaters pangkalan sana.. Kali ntah la.. semangat pun tiada. maybe sebab kekecewaan itu.. huh!



Saya nak hepy macam DekHaikaL nih.. Malam raya dengar suara anak² yang riang ria bermain. Time tu Mr.A mesti dipangkalan sana. Pastinya haku mendengar laungan takbir raya soarang². Alahaii... Help helpppppp!!


sayang @myn@ ^_^

Sunday, November 14, 2010

Hadiah dari Wanzie

Sebelum meneruskan pernulisan haku nak memohon mahap yang ntah ke berapa kali sudah dekat Wanzie. Haku terlewat publish. Sebelum tuh haku tak perasan pun tentang hadiah nih. Kami antara rakan blogger yang tersenarai dalam siri pertama yang menerima hadiah ini, dah tu haku menjadi orang 1st pula dalam senarai siri pertama . Alahai.. apa lah teruknya diri haku nih..

Harap wanzie faham seperti yang di kabarkan.. Mr.A sekarang kan masih dalam tempoh bercuti, jadik bila malam haku jarang² sudah nak on9.. Siang haku koje dan tinggal Mr.A di rumah. Jadik malam lah masa untuk Mr.A.. Haipp haippp!! Hari isnin ini Mr.A dah mula bertugas, semuanya akan kembali seperti biasa. Mista Bobo pun akan menjalankan rutinnya tak akan terparking lagi di depan rumah..

Okeh dah stop.. jom tengok hadiah dari wanzie.

tag2


Wowwww!! merah menyala.. semangat membara. Tapi macam sombong pula cartoon tu.memeluk tubuh. Hak hak hak!!. Apapun tak risik pasti tak kenal kan pren.. Pepatah apa sudah haku buat tu. hah peduliks ;p

Terima kasih banyak² ya pren... Dalam sakit² sempat lagi pren meluangkan masa untuk create hadiah yang berupa banner kepada blogger² sekalian maya.

Akhir kata moga pren cepat sembuh.. Ubat jangan nak skip² ya, ikut nasihat doktor.. InsyaAllah ^_^.


sayang @myn@ ^_^

hanya mampu merencanakan :)

Tak perlu nak salahkan sesiapa kerana sedia tertulis kita sebagai hambanya hanya mampu merancang..Dia yang maha menentukan segala yang tersurat.. InsyaAllah. Tapi haku nak marah dekat someone. Huh!!

Memang sedikit sebanyak haku terkilan dengan setengah pe'el IncikOc di pangkalan nun,haishhhh!! dari luahan Mr.A tempoh hari haku tahu perasaan nya. Sabar ya sayang.. Semangat pewira mesti kuat. Yeahhh!! Nasib baik masa pending di lumut dalam entry welcome to perak tempoh hari haku minta Mr.A pulang ke kampung halamannya dahulu bertemu MakAyah.. sekurangnya terubat kerinduan hati seorang anak..



Mak mentua haku sangat sensitip, mudah mengalirkan air mata.. Haku berat hati nak telefon bagitahu semua yang tersurat ini. Uhh sangat berattt. Mr.A lagi la... kawan² yang kenal masa operasi tempoh hari, ramai yang roger² dia. Mereka nak berjumpa coz mereka tengah bercuti berbulan di semenanjung sana. Haku tahu mereka ada plan sebenarnya.. lagipun memang kami merancang dari bulan ramadhan lagi, bahawa AidilAdha di kampung Mr.A... Tiket flight pun dah ada. Dengan itu berganda² kesedihannya, sampai kekadang tu Mr.A tak mau jawab panggilan kerana mengharapkan keajaiban berlaku.. huh! tapi tidak mungkin semua itu berlaku kan sayang. KESIAGAAN~~~

Sebelum haku dapat sms dari ija itu.. haku tahu segala2nya Mr.A dah cerita. Haku lah tempat luahan pertama nya..haku kena kuat, tak leh lemah. demi memberi semangat pada Mr.A. Sms yang sebelum itu sangat terbakar hati haku.. haku fikir ija nak sakitkan hati haku.. tapi haku kenal ija bukan lah orang yang macam itu dan haku cuba membalas sms nya seringkas yang mungkin.. dua @ tiga kali membalas baru haku dapat sms nih.. Suam suam hati haku seketika.. rasa terkilan itu tetap ada.. ija pun tahu memang haku dah war²kan dari awal lagi tentang percutian AidilAdha kami ini..

IncikOC.. saya sangat terkilan dengan cara kamu. Kamu boley buat Mr.A saya macam tak ada perasaan, tak apa.. kami percaya janji Allah itu indah² semuanya. Hari ini kamu di atas.. suatu hari turun ke bawah juga kamu.. Nasib baik dalam banyak² yang berpangkat di sana.. ada yang memahami persaan Mr.A dan perasaan saya sebagai isterinya.

Mr.A: OC saya bagi Mohd cuti, nanti saya cuti bulan duabelas.
Tuan: Makcik kau tak apa² ka tak dapat cuti.
Mr.A: Makcik saya ok.. dia faham. - Mr.A x ada pilihan.. balik rumah haku memberontak kemarahan.. Muahahaha!!
Tuan: Kau sekarang tengah bercuti, lebih baik kau pulang bercuti.
Mr.A: Saya berbaris tadi tuan.
Tuan: Dah kau boleh bercuti..

IncikOC: Esok kau buat pas cuti dulu. sebelum pulang. *menyampuk Incik OC.

Mr.A : Baik..

Tuan: Arghh!! tak payah kau buat.. nanti apa² saya jawab untuk kau. *menyampuk Tuan.

Mr.A terus beredar dengan hati yang berbaur macam² perasaan. Terima kasih ya Tuan.. kalau saya di sana memang saya akan memberontak. apakah bangangnya cara insan itu. Kalau kamu dah putuskan Mr.A di beri turn untuk bercuti kerana Operasi di negara orang tempoh hari, bagi sahaja lah.. jangan nak suruh Mr.A buat pilihan didepan lawannya.. lawannya itu adalah sahabat baik Mr.A, yang sekarang ni mempunyai masalah di mana bapa mentuanya tengah terlantar di hospital sakit jantung.. Sakit jantung yang kritikal..

Saya rasa insan itu tahu semua ni. bukan kah ada kebajikan. Sukanya saya nak bagitau di sini.. lain kali pandang kanan, kiri depan belakang ya sebelum nak bagi situasi macam ini dekat orang bawahan.. Cara ini boleh mematahkan semangat orang sahaja. Haishhhhhh!!!

Kepada adikbadik, rakan sepermainan haku (jiran sebelah rumah) yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 21hb November nih.. Haku betul² minta mahap banyak². Bukan pinta kami begini. Kami hanya mampu merencanakan. Dia yang maha menentukan segala yang tersurat.. Moga rencana kami bulan duabelas itu menjadi realiti.. InsyaAllah ^_^.

Mode: Mr.A luahkan dekat haku, Haku sampahkan disini t/mark dari CikGayah. har har har!!!

sayang @myn@ ^_^


Friday, November 12, 2010

1st Lucky Draw by HEZE SUZE

Yuhuuu kak Long.. Terima kasih ya Tag myna. Tag mengetag kita. Pehni ni kalau ada myna nak tag kak long lagi. ekekekeke. Moga pakat² bertuah lah ya. InsyaAllah ^_^. Opss!! terima kasih juga untuk HezeSuze sebagai pihak penganjur LD.

Tarikh tamat LD pada 30 November 2010 .



Untuk lebih detail syarat² LD ini boleh klik 1st Lucky Draw by HEZE SUZE

Cheq dah jadi follower yang ke-321 (Amyna). Meletakkan banner di side bar blog (Contest Terkini) dan siap sedia link kan ke blog pihak penganjur. Okeh nanti dah siap publish entry ini, cheq p tinggalkan link entry dan email kat blog hezesuze na.. sabaq sat na nak setel kan urusan tag mengetaq blogger² lain. Jom kita tengok siapa yang kena.. har har har!!

1- GayahSpears ==> http://gayahspears.com/
2- AtieAizam ==> http://atieaizam.blogspot.com/
3- Ellen ==> http://www.mummynemo.com/

Sukanya haku nak habaq kat sini.. hadiah yang di war² pihak penganjur. Habis pikiaq sampai tak boleh nak pikiaq katanya.. dengan berbesar hati Hezesuze mau bagi hadiah

RM50.00

So pada rakan² blogger yang kena tag tu meh la merojinkan diri na.. Good Luck. InsyaAllah ^_^.


sayang @myn@ ^_^

Thursday, November 11, 2010

Follower Bertuah GiveAway

GA ini haku di Tag oleh Apple Sweet . Terima kasih pren dan terima kasih juga kepada AinaNadirah selaku penganjur GA. Tarikh tamat GA pada 21 November 2010. 10 hari lagi dari hari ini.. Ngee~~




Untuk lebih detail syarat² GA ini boleh klik gambar di atas atau klik Follower Bertuah GiveAway

Haku dah jadi follower yang ke-207 (Amyna). Entry Banner di atas ini dan banner di side bar blog (Contest Terkini) siap sedia link kan ke entry blog pihak penganjur.

3 Rakan yang di tag ialah :-
  • DeeM ==> http://deem2884.blogspot.com/
  • Angah ==> http://angahsayang2314.blogspot.com/
  • HaliqA ==> http://ilive4well.blogspot.com/
Okeh sekarang masa untuk tinggalkan komen di entry pihak penganjur. Opss!! terlupa pula, Nak inform juga kepada kawan² yang di tag.. Tak kan haku join pehtu syok sendiri kan. Kawan² yang disenaraikan. selamat publish entry ya.. ahaksss!!

sayang @myn@ ^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...