Wednesday, June 30, 2010

petang sabtu: 4 destinasi lorr..

26 Jun 2010

Semua ceriteria nie adalah Aktiviti petang sabtu haku d Sampolna tempoh hari ya..Aktiviti nih Mr.Mohammad yang aturkan. Ieja serahkan kan kat hubby nya untuk bawa kami jelajah Sampolna.. Haku & kak iejan on sajork coz kalau nak harapkan haku bawa, just pandai bawa p soping barang² keperluan baby baru ieja jerk kot.. kat bandar sampolna tuh, kalau nak melencong ke lain tu..jangan di haraplah.. sat g cari jalan nak balik x jumpa puloks.. hampagass!!

1st destinasi Mr. Mohammad bawa kami ke Pokas.. d sana just tengok pemandangan sahaja. sangat² cantik. Ada jambatan panjang. dari darat terus ke tengah laut..



weols.. tengah menanti Mr. Mohammad. Wuwuu! Wuu!
( kredit to k'intan )



haku suka gaya akak shahira nih..macam terkejut.



di dalam perjalanan.. haku rehat dari memandu. yeayy! duk kat seat belakang menjadi penumpang setia.. ieja serah kan aktiviti kat mohammad, haku serahkan transport. tulung support moga aktiviti berjaya.. hikss!!

Dari Pokas, kami terus ke destinasi ke-2 Tampi-tampi (sampolna holiday resort).. pemandangan cantik juga, pengunjung pun sangat² lah ramai.. hu3.




on da way masuk ke pintu utama.. kak iejan & ieja terselit juga di belakang. yess!



kami yang hepy!!!




hepy hepy...peace!!



sahabat haku ieja.. like dis photo. kalau ada pencahayaan yang mantap, lagik indah kan.. hurmm nak kena beli juga ka camera gondang tuh.. mikir~



adek shahirah dengn ayahnya Mr. Mohammad a.k.a hubby ieja.



Alololo muka adek haziq nih.. merajuk sebab x dapat turut serta aktiviti nih ehh??



Aktiviti bermandi manda... air warna hijau + jernih laks tuh. nampak dasar nya. haku ada nampak tapak sulaiman juga.. uhh!! snorkeling best kan.. hurmm!



destinasi ke 3- soping moping kat pasaraya century & milimewa.. itu jerk kot pasaraya yang ada setakat hari nih.. Opss!! tambah gient satu. baru di buka.. itu lah sampolna.. kak iejan macam² di angkutnya... hehehe!! Ieja laks membeli barang keperluan untuk baby scnd merangkap adik kepada akak shahira... bestnya ieja.. haku laks yang excited tauu!! Moga rezki haku pun ada sikit masa lagik.. insyaAllah.



Destinasi ke-4.. destinasi terakhir setelah seharian berjalan² cuci mata. Mr. Mohammad bawa p pekena ayaq nyok (itu bahasa kedah ya). Kalau bahasa baku air kelapa..;p. Sambil minum leh la hilangkan penat, lengoh kaki lengoh tangan.. ngee~



Family ieja & Mohammad, Bahagia selamanya sahabatku.. (*_*)



selesai untuk hari sabtu.. ;p

aktiviti esoknya di aturkan oleh Mr. Mohammad juga.. kali nih p jauh sikit & bertambah 1 anggota... Ramai² baru best!!. ok lah itu jerk dulu ya!!



Tuesday, June 29, 2010

CumiL & Geramsssss!!


ishhh.. sangat² gerammmm. macam nak cubit² jerk dak nih.
(padahal dah cubit² manja pown.. hahaha!! )

kental & padat yoo...



dah tu hati berani.. mana x nya nyaris² nak lemaih masa mandi

d kolam nun. Mandi kolam dewasa, gitu lah qoedahnya.

ngee~



gaiya selamba rocker tuh.. adehhhh!

ramai tul dak² ticik d sanan nun.. kalau lah.... hurmm!!




ceriteria petang jumaat & pagi sabtu

hoyeahhhhh!! after koje haku balik umah amik barang² keperluan & terus begerak ke sampolna. Kali nih haku x p sana sendiri tau... kebetulan faliza (student Prktikal) mau balik kampung, alang² haku ke sana.. sekali lah kami bergerak.. sekurang² nya leh jadi teman haku sepanjang perjalanan.. Lama dah haku x gerak ke sampolna petang², last 2 week pun haku p ari sabtu tgh hari,cerah benderang lagik.. Bukan apa kalau dah petang², area tempat haku masih ok sebab cerah..nanti dah masuk check point sana.. sure dah gelap..



bermula~ suasana masih cerah.



Pertengahan ~ dah mula kelam kelam & gelappp!

dah gelap satu hal.. lori hantu sawit pun banyak... menggerunkan gitu.. sepanjang perjalanan haku ke sana.. haku jumpa 2 lori yang mengalami kerosakkan. 1 lori dengan muatan sawit pancit.. bersepah butir² sawit d jalan & satu lagik..yg kat atas nih.. x tahu apa pemnadu lori tu buat.. pada andaian haku maybe check tayar. Yg x bestnya berenti atas jalan.. apalah salahnya kira pokcik p tepi² sikit.. memang time nih gelabah gila yoo!! kalau x sempat break.. mau cium vontot lori dia... kereta belakang pula bersusun...break² mengejut nih mau macam². uishh sabar jerk lah..




Haku sampai sampolna jam 7 lebey.. Masa nih mohd a.k.a husband ieja tgh membakar ikan.. haku laju² masuk bilik mandi & solat. Dah setel semua baru haku jenguk ke dapur..




ZoMmm.. ikan bakar by Chef Mohammad.



ketam Masak lomak cili api by chef Ieja..


sekali dah setel semuanya.. tinggal untuk d ngap sajork...Apa lagik. Bismillah semuanya...



adeq Shahirah nak makan pun still on lappy... memang cerdik IT tul dak kecik nih.. ekekeke. dah siap makan semua sembang² pehtu terus masuk bilik uat koje vs Zzz. Esok pagi bangun terus siap² & pergi ke sini.....



Kolam mandi.. yeszAaaa!!!



sahabatku.. k'iejan & ieja (^_^).



perenang wanita



jom belajaq berenang.. wakakka!!



bergaya mesti ada.. semua pic dalam air majoriti ieja yang snap. credit to ieja ya. Masa nih ieja dah rest.. baby dalam peyut dah bagi signal sejukkkk!!

gambar aksi terjun menerjun & kona baring... x yah lah publish ehh..biar jadi simpanan peribadi haku ;p.



Pandai ieja berenang.... walaupun preggy laju jerk dia ke hadapan. haku nih, berat montot sajork.. Puas duk kepak², goyang kaki nak bagi jalan.. sungguh sandisss! K'iejan pun dari level 1 mcm haku..skrg boley katogori level 3 sudah, haku juga yg ketinggalan.. x leh jadik nih.. hikss!!

kami berendam renang.. dari jam 7pg-9pg. hamik hang.. sampai sakit abis belakang², kaki pun naik kejung.. last balik umah mandi air paip, berakfast & terus Zzzz... funya fenattt!.

Petang tuh bersambung lagik aktiviti kami... kali nih Mr.Mohammad yang bawa kami jenjalan... yess!!! suka..... nak tau kena tunggu next² entry.. InsyaAllah.



Monday, June 28, 2010

dari sampolna terus ke opish

Alhamdulillah..selamat haku sampai d opish tadik. haku punch in 7.20pg dengan berpakaian t-shirt & jean. Wahahaha!! After punch singgah admin jap.. dah setel situ baru balik umah tukar pakaian & go breakfast with my prens.. ngee~

Opss!! maaf ya ieja, myna buat ieja risau. x dan nak bagitau tadi. Hope ieja x amik hati ya.. sian baby dalam peyut na untie buat mak baby risau.

Haku plan petang semalam mau balik umah. disebabkan keberatan hati yang meruntun2 muncul dalam diri haku.. jadik pospone lah nak balik sini.. ieja siap sugestkan untuk haku amik cuti.. haku pun macam nak juga sambung cuti.. ahakss!! tapi fikir balik.. uihh raya nih haku kena amik cuti panjang...ada kenduri kawin.. x buley x buley.. terus cancle.

Nak menjaga hati & keselamatan diri..haku amik keputusan balik pagi esok awal². Lagipun time tuh dah jam 5 petang. kalau ku gerak balik.. dalam jam 6.30 mungkin sampai umah sudah. tapi 6.30 petang tuh bukan masih cerah ya kawan². sini lain situasi nya.. sebab tuh time bulan ramadhan kami awal sikit sungkainya (berbuka)...hohoho!!!

Nanti berkesempatan ku semadikan cerita ceriti sepanjang haku bercuti d sana ya.. haku hanya bertemu dengan 1 hero & 1 heroin saja.. hero 1 lagik x sempat jumpa.. dengar kabar dari mak nya (As) semalam hero haku 1 orang tuh demam panas.. alahai, moga cepat sembuh ya sayanag.. InsyaAllah.

Walaupun begitu cuti haku d sana sungguh bestttt!! sebab dorunk berdua nih sudah cukup membuatkan haku hepy coz sentiasa dengan haku.. ngee~







Dek haziq & akak shahira.. Lurve both of u sayangg!!!
miss to motosikal d sebelah tu.. ekekekeke.


bila haku ingatkan balik segala yang tertulis untuk diri haku dari semalam hingga saat ini.. hikmahnya sangat bernilai.. Ya Allah, haku benar² bersyukur Ya Allah. hikmah itu biarlah dikenangkan sebagai penyunting semangat untuk diri haku d kemudian hari.. InsyaAllah :-).


Saturday, June 26, 2010

Award from MissAmy

Dapat Award lagik.. sukAaa sukaaaa!!

kali neh dapat dari MissAmy. Dalam entry dia tuh ada dia habaq sebab dia Anugerahkan Award nih. Dia tuleh kat situ.......

" jady , sy nk tag pd k0wg yg sllu jalan2 kat bl0g sy . thax k0wg :) "

Ya sama² Amy, myna pun nak ucapkan berbanyak² terima kasey juga.. hepy blogging kita ya!! Haku kopipes sejibik sejibik ya.. non editing pun ayat dia.. OrigenaL gitew. Kalau nak bukti lebey jelas leh direct ke sini http://missamy92.blogspot.com/.

Owhkayy!! haku tayang award dolu na.. supaya bersemangat nak jawab 5 soalan tuh.





Uihhh..sangat² chantek.. berdua salji turun lagik. shake me?? Tsamina mina Eh Eh..Waka waka, eh eh...Tsamina mina Zanggalewa..this time for Africa.. hahahhaa!!

1. Sebutkan nama blog anda dengan kuat dan jelas

DE EYES (sambil jegil mata ) OF PRINCESS (sebutan "s" kasi berangin) DOT COM. uols mesti x dengar kan.. tapi uols dapat rasa gaiya ketika haku melaungkan nama blog..hehehe!


2. Sila cari orang yang bernama Haikal Muzamel dan Fredy Ilyas.

hurmmm! haku x kenal Haikal Muzamel tapi Najib Haikal haku kenai...itu adalah adik bongsu ku, Fredy Ilyas langsung haku x kenai.. tapi cam best pula nama nya. Fredy Ladies. Apapun uols, mereka nie d cari TAPI malangnya haku x kenai.... lalalalala~


3. Apakah soalan ketiga

kalau Omputeh d sebut macam neh "What is the third question" wink*winkkkk!


4. Camna nak jawab soalan ni tanpa menjawab soalan ni

haihh.. semakin menyerlah kebelitan kesoalanan keinian. kepeningan kepalaan kejawaban... Hahahha!!!


5. Tagkan menatang ni kepada lima orang yang telah tagkan anda menatang ni sebelum ini

kalau menatang rupa macam nih.. rasanya 1st time haku dapat.. belum ada yang tag & sudi kasi kat haku. uhukss!!. Jadik haku x mau tamak sorang². haku nak kongsikan dengan blogger & seterusnya mengeratkan silaraturrahim sesama blogger² lain. . ohh yeahhhhh!

hvN!sVh ==> http://hanisahhamid56.blogspot.com/

Eida Shukri ==> http://purplelicious-love.blogspot.com/

SheyPuLL ==> http://sheypull.blogspot.com/

Hajar5rus ==> http://hajar-hajarus.blogspot.com/

Wanzi ==> http://realwanda.blogspot.com/


Ermm..uols jangan tanya haku kenapa soalan nya mcm pusing pening² lalat ya. . Apapun uols perlu jenguk kat http://fitri1986.blogspot.com/ juga untuk amik Gambaq award tuh. Kalau x sampai lebam tangan pun x akan dapat tepek award nih. ekeke. Disitu uols akan dapat jawapannya.. sigh~


p/s: Ukuran award haku tepek tu... height="400" & width="250". harap maklong!!


Friday, June 25, 2010

Aktiviti esok pagi... Wawieee!!

Malas nak naip panjang².. Biarlah gambar menceritakan segalanya.. semua gambar² nih adalah rakaman pada 2 minggu lepas haku ke sini...


Adeq haziq.. x sabar dowh.


Riang gumbira akak shahirah... Ieja tuh ngah preggy. due date
bulan Puasa.. ujung² dekat nak raya nun...




Peace... sebelum terjun.



Dah terjun berendam.. tapi takut pula adeq haziq nih. adoiii.



Mereka² dalam kesejukkan... x sabar puloks haku rasa nak tunggu esok.



Huhuhuhu!!

Yess!! mandi kolam... esok seawal pagi haku & da ging akan mandi kolam kat dalam pangkalan nih.. yibaaa yibAaaa... hoyeahhhhhh!


Bulan nih bersama mereka utk ke-2 kalinya

Sewaktu entry nih d publish.. haku dalam perjalanan ke sampolna again. Weekend kali nih adalah masa untuk bersama kawan² d sana.. kalau ikutkan kabar dari unit PSH ada kursus Pendek Pembangunan Laman Web. Tapi sehingga saat entry nih dikarang haku belum menerima apa² surat lantikkan mahupun arahan untuk memastikan semua perkakasan berada dalam keadaan sedia digunakan.

Kali nih haku ke sana drive AbgZa, 1st time haku nak drive dia ke sana.. perjalanan jauh tuh. tapi x apa pengalaman baru untuk haku... Segala yang dikirimkan oleh kawan² d sana sudah haku dapatkan, tinggai nanti angkut masuk dalam AbgZa jerk..

Haku d sana sampai ari Ahad, petang tue balik semula ke sini.. senin koje lorhh! Okies.. haku x janji dapat 0n9 ke idak bila d sana nanti. Kalau ada kesempatan haku update & paling penting BW sama² uols.. hepyy weeknandos untuk semuAaa!!

mode: Boley jumpa 2 hero & 1 heroin again...lalalala~


Payung pelangi Indah

Pagi tadi kat sini hujan, Opss! pagi semalam (24 Jun) coz ini adalah entry yang haku auto publish ya kawan². Disebabkan hujan d luar nun muncul lah payung pelangi by PANASONIC. Berwarna-warna & Luas membulat. 1st time haku nampak payung yang besar begini, boley muat 4 orang sekali masuk berteduh.. uols mcm mana? adakah teruja seperti haku?? jangan uols sama kan dengan payung untuk berniaga, itu katagori lain..

Keterujaan dedeem a.k.a beskom CumiL lebey dari haku, ndak sabar dia ohh mau bergambar.. Haku laks jenis alergik pantang juga tengok camera on. Nak jerk GaiyAaa Gaiya Gaiyaaa...

Antara gaiya² yang kami persembahkan.. layannnnn*_*).



pertamanya hanya kami berdua sahaja.. hahahaha!



fa'ezah join..


last² semua join.. termasuk owner payung pelangi nih.



akak kain ijau tu owner nya ya.. siap pomote lagik suruh buy barang² Panasonic. hikss!



Punya bergaya sampai terlindung Beskom CumiL.i m sorry...

okies..SEMULA!!!!



Inilah hasil selapas 10 second daripada gambar d atas. Clik Clik Clik...


Thursday, June 24, 2010

Tag by GeeNas's Collection..

Tag.. Tagging.. Tagged.. . Ehh, dah lama haku x jenguk account tagged. semenjak berkenalan dengan fesbuking nih.. terus tiada masa owhh.. wakaka wahaha waheheheh. ;p

Owhkayyy!! tag kali ni haku terima dari seorang blogger dengan tag line your body your choice iaitu GeeNas's Collection . Terima kasey ya GeeNas sudi tag Amyna.. kawan² meh rapat² sikit kita teliti sama² :-


1) 3 Nama samaran kamu :-

==> Amy + Myna = Amyna
==> Tun + hang~ kat sini hok nih makin pemes la..

2) 5 Tarikh penting dalam hidup kamu :-

==> 7 Julai - bermulanya kehidupan baru sebagai seorang isteri.
==> 22 Julai ~Lantikkan berkhidmat.
==> 18 Mei ~ Fly ke sini utk berkhidmat..uhukss!
==> 21 Ogos - Resepsi Amyna
==> 22 November - Chentahati Burfday


3) 5 perkara yang buat kamu gembira :-

==> Bila semua kerja² yang di amanahkan siap.
==> Dapat balik bercuti d kampung halaman (^_^)
==> Mr.A ajak outing, pehtu
==> Mr.A yang drive kereta, haku jadik penumpang setia.
==> bila orang kata haku wanita berani (padahal dalam hati Allah s.w.t yang tahu)


4) 5 tempat percutian idaman kamu :-

==> Pulau² di Sampolna
==> Singapore
==> Bandung
==> Labuan
==> Pulau dayang Bunting


5) 5 sebab kenapa kamu jawab tag nie :-

==> Memenuhi hasrat GeeNas selaku tuan yang mengeTAG.
==> Tag yang menarik, simple & mudah.
==> x perlu upload gambar segala.. ngee~
==> Mengeratkan silaraturrahim antara blogger² lain.
==> Sebab saya berminat, tertarik menarik nak jawab ;p


6) 5 orang yang nak di tag :-

http://zazatheblogger.blogspot.com/
http://semalusk.blogspot.com/
http://naufalnnureen.blogspot.com/
http://hanisahhamid56.blogspot.com/
http://adna2029.blogspot.com/

Hohohoho!! Last seperti biasa na... x kan nak pulun sorang² kan.. jadik pada sesiapa yang terLIST blogList tuh sudi² kan lah ya. PapaiDaseyLorman.. trutt tut. sigh~


menyayangi , menguji & merancang

Bila Allah Cepat Memakbulkan Doa Ku,

Maka DIA Menyayangi Ku...

Bila Allah Lambat Memakbulkan Doa Ku,

Maka DIA ingin Menguji Ku...

Bila Allah Tidak Memakbulkan Doa Ku,

Maka DIA Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untuk Ku...

InsyaAllah... :)




Jom layan Milo Bland Tabur.. sigh~


Wednesday, June 23, 2010

My Water Moments

Eceh ceh nak cerita kenangan bersama air puloks. Ya.. selalu banyak gambar di darat jerk. Apa kata kali nih publishkan gambar² berada di dalam air, maksudnya tengah soronok bermandi manda. hohoho~

Ehh uols sebenarnya kan entry nih adalah berkaitan secara langsung dengan iklan baru dari pihak Nuffnang tuh. Ala iklan camera model terbaru Sony Tx5. Ada nampakan..ala nampak la, baik ngaku cepat!! Ya.. haku menyahut cabaran dari pihak nuffnang. Cabaran dia berbunyi cam nih "We have 3 units of the Sony Tx5 camera, touted as “The World’s Slimmest Water-proof Camera” to give away!" hoyeahhh!! GIVE AWAY sony TX5 yoo!, SONY TX5 give away..hehehe.

Seperti yang kita sedia maklum.. Output (gambar @ video) pada camera adalah kenangan yang berguna dalam sesuatu kes & kenangan abadi untuk masa hadapan. Kualiti output yang dihasilkan juga perlu lah di ambil kira. Setelah haku terjah & menelaah d laman web, Klik sini. haku yakin dengan Sony TX5 segala nya itu pasti terjawab kerana pakej yang ada pada Camera Sony DSC-TX5/G (Digital Still Camera- T Series) sangat²lah menarik tertarik gitu.

Yess! tidak di nafikan sebagai seorang blogger memang sinonim dengan image. kann kan! Meh haku nak cerita sebab musabab yang haku yakin Camera Sony Tx5 boley membantu haku termasuk uols semua yang suka travel ke pulau² (snorkeling) & bermandi manda.. x kisah lah mandi di air terjun,kolam renang atau laut ka.

Untuk makluman uols, kelebihan Sony Tx5 cyber-shot terletak pada lensa 10.2 Mega pixel, 4x Optical Zoom dan dilengkapi bersama dengan teknologi "Exmor R" CMOS sensor, BIONZ imaging processor and Carl Zeiss® Lens. Di bawah sedikit penerangan untuk pemahaman uols.

Sila Klik gambar untuk tumbesaran.
Carl Zeiss® Lens


Memberikan hasil gambar yang tepat terperinci dan imej realistik dengan kontras yang sangat baik. Memudahkan pemahaman uols ketajaman gambar yang jitu.


BIONZ imaging processor


Secara drastik akan menurunkan tahap kebisingan dan mengecapi ketepatan yang tinggi dalam memfokuskan gambar samaada pendedahan secara automatik dan mengimbangi warna setiap gambar yang dihasilkan.

Exmor R" CMOS sensor


Dalam situasi lingkungan dengan pencahayaan renda, bahagian belakang diterangi "Exmor R" sensor CMOS memberikan prestasi yang menakjubkan & meningkatkan sensitiviti untuk mengurangkan hingar.




Untuk lebih detail apa itu "Exmor R" CMOS sensor,BIONZ imaging processor dan Carl Zeiss® Lens. Leh rujuk Sony Tx5.

Selain itu Sony Tx5 juga di keluarkan dalam 4 situasi ini, tidak semua camera ada pakej macam gini serentak yoo :-



Water + Freeze(temperature) + Shock + Dust

1- Water-Proof - kalis Air
Sony Tx5 cyber-shot boley d bawa menyelam & merakamkan panorama yang indah d dasar laut terutamanya. Keupayaan sedalam 3m selama 60 minit.. (^_^)

2- Freeze-Proof (temperature) - kalis suhu
Sony Tx5 cyber-shot boley terus merakamkan gambar walaupun berada d dalam kesejukkan air. Tahap kesejukkan yang tetapkan ialah sehingga -10ºC tau.. (*_*)

3- Shock-Proof - Kalis gegaran
Sony Tx5 cyber-shot juga tahan gegaran jika terjatuh.Mengikut jarak jatuh antara 1.5m, iaitu jarak yang biasa di gunakan oleh jurukamera untuk merakamkan gambar. (*_*)

4- Dust-Proof - Kalis debu
fuhhyoo!! kalis debu sunggguh luar biasa. dengan Sony Tx5 cyber-shot pengguna boley yakin untuk mendapatkan gambar dalam apa jua persekitaran.



Sony Tx5 juga membolehkan uols merakam gambar pemandangan indah ciptaan Allah ini. x kisah dari mana sudut samaada secara menegak atau melintang. Kemudian camera ini akan mengesan sendiri gambar² tersebut & mencantumkan secara automatik..haishh sungguh canggeh!!


Last haku nak kongsikan d mana uols boley merakamkan gambar sebanyak 10 keping dalam masa 1 saat. Selepas itu uols boley memilih mana satu gambar yang terbaik d antara terbaik.

Di bawah adalah 12 keping gambar saat haku bersuka riang bersama kawan² bermandi manda. meh sama² kita bandingkan hasil kualiti gambar tersebut bermula dari gambar pertama.. Opss! sebelum tue suka haku maklumkan gambar ini menggunakan Camera kompak milik persendirian yang mempunyai ciri-ciri berikut lensa 5.0 Mega Pixel & 4x Digital Zoom.. Bukan Optical Zoom. huhuhu!! berbeza tau optical & digital better Optical lagi.


Gambar 1

Picnic bersama kawan². kejelasan di fokus sebaiknya, walaupun begitu tetap ada sedikit kekaburan pada pegerakkan wajah kawan haku. hurmmm!


Gambar 2

bergambar dari port kami bersantai & menunjukkan jarak yang jauh dari tempat air terjun, tempat kami bermandi manda itew. (^_^).


Gambar 3

Kurang jelas kerana telah d zoom dari jarak yang jauh. Camerawoman tidak berani menghampiri kami kerana takut percikkan air terjun terkena pada camera. Lagipun orang sangat ramai. Ya lah.. nanti kalau terkena air x kan nak marah kan... nama pun tempat orang ramai.


Gambar 4

terus x nampak batang hidung. kenal pun sebab warna baju. hohoho!


Gambar 5

Kabur.. x nampak rupa paras kami yang dalam kegembiraan. Resolutian nya dah terpesong jauh..


Gambar 6

pergerakkan tiada masalah, kejelasan gambar kelabu kelasap gitu.


Gambar 7
bermandi manda.. perlu bergilir semata² nak merakam kan memori ini. Pergi berlima, gambar berempat sahaja.


Gambar 8



Gambar 9

Jika meggunakan function Digital zoom, kekaburan image pasti terhasil.



Gambar 10

di fokus secara berhemah & tiada menggunakan function Zoom. Camerawoman duduk d atas batu. itu sebab kami bergaya sepeti mendongak ke atas. hu3.


Gambar 11

Bergembira sama²..ho ho ho, yeayy! Itu pun kami kena berdiri & x boley rapatkan badan dengan air yang meluncur terjun tuh. Gambar nih juga terdapat pergerakkan & kabur pada wajah.



Gambar 12

Ini baru leh bergambar secara mengila². tanpa air terjun. Nama mandi air terjun tapi.. gambar dengan batu sahaja... uhukss!

Okies dah siap tengok gambar satu persatu kan. kalau lah Sony Tx5 nih menjadik milik haku pasti boley semadikan kenangan bergambar di bawah air terjun yang meluncur laju dari atas batu itew. Boleh juga diletakkan di dalam poket seluar, berposing anytime, anywhere & x perlu risau takut terjatuh ke apa. sebab memang sudah di buatkan khas kalis Water + Freeze (temperature) + Shock + Dust.

Terbayang kenangan tahun lepas.. kami pergi snokeling di pulau Gem, pulau yang berdekatan dengan pulau kapas tu.. kami hanya dapat merakamkan keindahan di dasar laut dalam minda sahaja. Subhanallah Sungguh Indah ciptaan tuhan. Moga pihak Nuffnang bermurah hati nak kasi salah satu daripada 3 unit nih kat haku.. Andainya benar haku yang memiliki Sony Tx5 nih, fuhhhhh!! terus verangan~ InsyaAllah (^_^)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...