Friday, April 29, 2011

Promotion extravaganza dari habib jewels!!!

Tadi pagi... sambil sarapan, saya melayan MHI @Tv3. Terpandang lah promotion dari habib jewels yang di host kan oleh Puan wardina kita. Event ni diberi nama Diamond Extravaganza 2011.

Promotion extravaganza

Event ni bermula hari ini iaitu 29 April 2011 hingga 2 Mei 2011. Saya teruja tau, lokek emas just RM77 dah tu subang mutiara RM 38 sahaja untuk 50 pelanggan pertama yang mengunjung showroom HJ. Mulanya saya pendam dulu perasaan nie, sebab saya fikir promotion ni just di area selangor sana.

Tapi bila pihak HJ yang diundang tu memaklumkan promotion ini untuk seluruh brunch HJ, perasaan saya terus membuak² nak terjah showroom HJ. Iya lah hari ni hingga esok, lusa dan tulat saya off day. Sesuai untuk mengisi masa² lapang yang ada..

habib jewels

Laju² surfing tenet cari brunch yang berdekatan di sini.. Kecewa!!! di sini non ada.. di kay kay jerk yang ada.. nak terbang ke sana tak dapat puloks...sob3x. Tak dapat beli.. pandang² pun jadi lah kan.. ekekke.


Brunch habib jewels
Promotion di hari pertama

extravaganza dari habib jewels
Promotion di hari ke- dua

Pada kaum hawa yang nak tahu lebih lanjut tentang promotion HJ, boleh terjah link promotion Promotion HJ. Pepandai lah godek² di sana ya.


# HJ = Habib Jewels


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Hari Nie Saya Hoi..Ho..Holiday!!

Selamat pagi pembaca² Amyna sekalian maya!

Suka citanya saya nak maklumkan... Hari ini saya cuti ganti a.k.a cuti tanpa rekod. Alhamdulillah syukur, bos dah lulus kan.. sebagai yang menurut perintah, menerima dengan senang hati.. sangat senang hati.. jangan ada yang cemburu² ya.. Mana yang bertugas untuk event tempoh hari. Uols pun dapat juga kan... Yang tak bertugas tu tak dapek saya nak kata apa... senyum, tak perlu kata apa²....euwww~

Hari ni jumaat 29 April, pehtu sabtu & ahad opcos la cuti. Isnin pun cuti lagi lagi.. cuti umum yang di bawa ke depan 1 hari untuk semua pekerja kerajaan. Untuk pekerja swasta mungkin hari ahad tu cuti sudah sebab 1 mei a.k.a hari pekerja jatuh hari ahad.. kann kan! Dengan ini, totally saya bercuti selama 4 hari. yeayy yeay!!!

Mahu create aktiviti pendek apa ya... lagipun sabtu saya ada kelas inglish 1 Malaysia. kalau tidak boleh caragas ke pangkalan sana hari ni juga²...

Mood: Macam nak ponteng kelas inglish jerk... buruknya pangai kan!!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Wednesday, April 27, 2011

Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-77

Entry ditujukan kepada semua Wirawati Laut Negara, khasnya kepada chentahati saya...

"Selamat Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) "

Moga kalian semua lebih bersemangat dengan dengan pertambahan satu lagi angka pertubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia. Maka dengan itu, Hari ini genap sambutan hari yang ke-77, pada tarikh 27 April 2011. Angka 7 berulang di situ.. Nice!

Hari Tentera Laut Diraja Malaysia

Tahun ni saya tidak prepare apa² pun untuk Mr.A, tahun lepas tak prepare tapi still boleh menggembirakan hati dan semangat beliau dengan kek bagai. Kek Blueberry chocolate moist tempah dekat zack juga.

Seperti saya cakap awal tadi, saya tidak pasti lagi macam mana coz Mr.A busy dengan urusan di pangkalan sana. Memang beliau sentiasa busy.. koje tidak serupa dengan saya. Mereka yang melaluinya sahaja yang memahami.. Mana tidaknya aktiviti mereka yang cuti tak serupa cuti. Itulah tema Warga didahulukan, kesiagaan diutamakan. ;p.

Saya sudahi dengan meninggalkan video Kapal Bunga Laurel ditawan oleh Lanun Somalia di Teluk Aden. Ini Ops Fajar 8, yang Mr.A join dulu Ops 7. Angka tujuh itu yang saya maksudkan... kui3x.




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!



Tuesday, April 26, 2011

Blueberry Cheese tart... Nomm Nom Nom!!

Terima kasih ummi hamidah... super sedap!



Saya amik 3 biji...bagi dekat lidya 1 biji... sedap punya pasal.hehehe! Mana tak sedapnya.. Cheese nya tebal, kita gigit pun terasa cheese tu melusuri usus... kui kui kui!

Ummi tempah dekat zack. Rajin betul zack amik tempahan, walaupun tengah mengandung. Sama macam LM. Orang preggy aura ke dapur tinggi ka ehh... bagus lah kalu cenggitu kan.. Alhamdulillah *__*.

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Monday, April 25, 2011

Folder shortcut?? mohon bantuan dari kawan² semua!

Selamat petang kawan²..
Saya gelabah semacam dah nie...pelbagai perasaan bermain di minda saya. mana taknya dalam gadget nih la segalam macam data tersimpan. tetiba external leh sepoi pula jadi shorcut, dah tu tidak boleh open...



Ni gara² saya nak print dokumen tadi, selalu cucuk di lappy opis nih tiada masalah pun.. entah kenapa hari nie boleh jadi macam tu. Suspect utama adalah virus. Patutlah masa nak print tadi semua file selow motion jerk di open.. adusss!!




semua file folder dalam external tu di create atas nama "Location: cmd (C:Windows\system32)" saya tak mampun nak fikir untuk masa nie.. pada kawan² yang ada tutroial untuk solve kan this problem.. please share with me... Saya sayang data² dalam external hard disk ni.. Please....


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!


Sunday, April 24, 2011

Regatta Lepa lepa di Semporna kali ke-18

Semalam ada kawan tanya.. kebetulan saya ada letak status cam gini di FB -

"Jelesnya..nak p regatta lepa² juga"

Saya suruh jerk dia surf kat internet sebab semalam saya busy dengan kursus Autocad. Lagipun saya nak terang detail tak berapa nak tahu sangat. kang nanti tersalah info. punggahh! Hari ni saya kan off day.. jadi ambil kesempatan yang ada.. geledah lah alam maya untuk dapatkan info tentang Regatta Lepa-lepa.

Untuk makluman kawan², kali ni saya sendiri pun tak turun sana.Tahun lepas lagi dah siap buat perjanjian dengan Mr.A.. macam mana pun nak turun juga sana tahun nie.. semangat nak tengok suasana Regatta Lepa tu secara real. Saya tergedix gedix nak p sana sebab tahun lepas punya event Dato' Ct Nurhaliza yang mai tau.. ada konsert.

Tapi bila dah sampai saat dan ketikanya.. saya pula yang terbantut semangat. entahlah maybe sebab penat kot. Terus tak jadi nak turun sana.. huhuhu! Mr.A balik² ulang tanya.. jadi turun sini ke tidak, tension punya pasal.. saya terus cakap TAK JADI. Tak kan lah Mr.A nak datang dari sana, semata² ambil saya, pehtu ulang alik sana pula.huh nakalnya saya.. Nakal tak nakal, Last padan muka saya... memang tak jadi pergi sana pun.. okeh dah.. panjang sudah saya celoteh. Jom tengok info yang dapat saya dikongsikan^__^

*******************

info Regatta Lepa

Regatta lepa-lepa tu adalah satu perayaan tahunan tradisi dari masyarakat bajau tempatan di daerah semporna sana. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf sebagai peryaan peringkat negeri Sabah. Perkataan Lepa itu, datangnya dari bahasa kaum bajau Pantai Timur Sabah yang bermaksud "Bot" dan di percayai berasal dari komuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum Bum Semporna.

kebudayaan lepa

Pada tahun 2003 pula, perayaan regatta lepa ini telah dimasukkan ke dalam kalender "Pesta Air Malaysia". Hingga kini Regatta lepa-lepa menjadi satu acara tahunan Malaysia dan di diadakan pada setiap bulan April. Ia berlangsung selama 3 hari.

Sepanjang perayaan ini berlangsung, pengusaha dan penggiat seni budaya Bajau dan lepa akan berkumpul. Kaum bajau yang berada di merata tempat termasuk pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding merebut gelaran Lepa tercantik.



Bajau semporna

Semua lepa-lepa akan beratur sambil bergerak perlahan dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang kenamaan untuk menilai setiap lepa yang dipertandingkan. Pemenang dalam Regatta Lepa akan dipilih berdasarkan kecantikkan lepa dan tarian yang dipersembahkan. Sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 katagori kawasan iaitu:
  • Acara Laut - Di tepi pantai
  • Pentas Budaya dan pameran - Di kawasan padang pekan semporna
Ditepi pantai terdapat ratusan lepa yang dihiasi cantik dengan segala macam renda, payung, sambulayang berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut. Pertandingan acara laut seperti tarik tali lepa, lumba kayak, berenang dan pertunjukkan bunga api akan turut mewarnai perayaan ini. Sumber: Pej.Daerah semporna

Di akhiri dengan picca queen of lepa 2008.

queen of lepa

Teringat kenangan masa saya mengalai (menari) gaya bajau semporna nie.. masa tu join majlis sambutan hari lahir tunang geng pejabat Mr.A. Sumpah sangat kekok.. time tu semua tetamu dijemput mengalai.. Mr.A tak aci tau.. dia tahu awal² lagi, pehtu buat alasan nak p toilet. Punya lama dia kat toilet. bijak betul dia kan! Chaihhhhh~~


**picca semua adalah hasil carian dari google.

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!


Friday, April 22, 2011

Incik yang mesra alam? Adakah kerana warna merah itu~~

Uols sedia maklumkan dalam entry yang pagi tadi.. saya bertugas untuk kursus pendek. Kalau ikutkan kami kat sini bercuti sempena Good Friday. tett!! Punya nak ambil semangat..saya pun pakai baju koperat unit saya.. Baju koperat tu ada 3 warna, tapi warna yang menonjol sudah pastinya warna Asas iaitu MERAH.



Kena pula saya padan kan dengan tudung warna merah.. lagi menyerlah kemerahan yang mempesona kan pemandangan Incik.. Macam dalam gambar kat atas ni :p

Di Restoran:

Saya melangkah masuk ke restoran itu sambil mata melilau mencari tempat duduk yang kosong. Waktu saya memilih lauk pauk untuk lunch, ada 2 orang Incik entah dari arah mana dorunk berdua.. pandang tepat ke arah saya, senyum² lantas menegur saya. Saya tidak berani berbual just melempar senyuman tanda hormat. Pakcik yang sorang lagi siap mempelawa saya lauk sotong. Saya senyum sambil berkata "terima kasih, penuh sudah pinggan". Bersungguh² Incik A dan Incik B nih memberitahu lauk pauk kat saya seolah² mereka waitress di restoran itu.

Dah siap amik lauk :

Incik A lalu di tepi meja saya sambil berkata, dia duduk dimeja belakang saya. betul² di belakang. kira pusing kepala jerk.. boleh mengadap muka gitu.. Saya terdiam.. nak makan pun tak selera. Dah la p sorang² time tu. Masa mereka dah habis makan, Incik B cuci tangan dulu, Incik A sempat lagi tanya saya kolej komuniti tu di batu berapa. Mungkin dia baca nama yang tertera di baju saya.. Nak tak nak kena lah jawab yang benar. sumpah saya gugup. Batu 3 ehh batu 4 encik.. Ohh ya Incik A cakap dorunk orang UMNO. saya tak tanya lanjut pun.. UMNO mana.. sumpah! masa tu bibik ketakutan dah mula timbul.

Time bayar :

Semua yang saya makan tadi dorunk yang tolong bayarkan.. apa lagi mencanak naik la tahap ketakutan, tapi sempat juga cakap terima kasih.. berkali² saya cakap terima kasih... Pehtu terkedu tak tau nak kata apa dah.. terus jalan menuju ke parking. saya tak direct ke Mish pepel. Saya risau takut dorunk kenal kereta saya.. Ohh uhhh!

Sampai di opish saya kongsikan cerita saya dengan kawan yang busy faks surat untuk festival silat Borneo. Cubaan untuk memujuk hati dan harus fikir +'ve :
  • Mereka ingat saya kengkawan satu kumpulan dengan mereka. UMNO kan merah.. merah membara semangat waja!!
  • Cara pandangan mereka sekadar pandangan seoarang ayah kepada seorang anak.
Kepada Incik A dan Incik B.. terima kasih atas kebaikkan dan keramahan kalian. Kalau saya ada kawan di sisi.. pasti saya mampu & berani berbual dengan kalian. Maaf ya...

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Good Friday 2011

Hari ni negeri di bawah bayu Cuti Umum sempena "Good Friday". Totally minggu ini 3 hari lah cutinya... Mana yang tak terlibat dengan tugas boleh la luangkan masa bersama family tidak pun caragas ke samporna sempena Regatta Lepa². 3 hari tau Regatta Lepa² berlangsung di sana. Ehh ada juga kawan² yang balik semananjung jumpa family..ohh seronoknya kan!!

Good Friday

Tapi hakikatnya..saya bertugas hari ni. Saya ada plan nak turun semporna, nak jumpa kecintaan hati yang comel² itu, sambil tu bekorbar² nak jumpa Mr.A juga...Ngee~~

Apakandaya... saya perlu bertugas sebagai urusetia kursus untuk hari ini dan esok. Hari Ahad turn rakan seperjawatan saya yang cover pula.. Makanya hari itu saya free.. yeayy!! Ieja a.k.a ibu kepada Puteri Qamariah & Shahirah menanti saya ke sana.. Tengok lah esok macam mana? kalau kursus habis awal.. Boleh caragas ke sana bagi memenuhi hasrat hati seorang ibu yang mengandung lagi ^__^

Okeh sampai sini dulu entry saya... Nanti kalau ada kesempatan saya coret² lagi. lama juga saya tinggal kan ruangan maya ini.. Sejak balik dari Sabak Bernam tempoh hari, tak bekesempatan nak menghabiskan masa di sini.. Thanks ya pada kengkawan yang sudi singgah ke mari..

wish Friday

Sedikit info yang saya sedut dari gotquestions.org - Good Friday Calendar sehingga tahun 2015.
  • 2011 = April 22
  • 2012 = April 6
  • 2013 = March 29
  • 2014 = April 18
  • 2015 = April 3
Opss!! kepada kengkawan yang nak tahu lebih lanjut "Good Friday" boleh la baca di sini. Saya faham ini satu perayaan untuk Non Muslim (Christian ). Mereka berpuasa dari makan daging tempoh hari. Kepada rakan sepejabat deem dan Lidya.. Happy Good Friday lol~~

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!


Thursday, April 14, 2011

Memahami dan mendalami ilmu baru... Alhamdulillah :-)

Hari ni hari pertama kami di serapkan dengan ilmu "Configuration Firewall". Baru step pertama... belum masuk sampai Configuration WebSever lagi.. Ini pun saya dah kecut perut wehh.Bukan saya seoarang sahaja.. kengkawan yang lain pun sama..

Kebanyakkan peserta yang ada dalam kelas saya (makmal komputer 1) geng² tenaga pengajar.Staf pptm tidak sampai pun 10 orang. kelas satu lagi (makmal komputer 2) majoriti staf pptm. wakil pptm yang ada d kelas saya ni.. hebat² belaka.Ada yang di pejabat mereka menggunakan 2 jenis firewall serentak.Fuhhh!! Bila di tanya jerk soalan² simple berkaitan server di pejabat masing².. sure la mereka boleh memberi jawapan on da spot. Tapi kalau tanya pada saya memang tidak dapat la... kena rujuk bos juga... Miahahaha!! Lagipun ini semua benda baru untuk saya explore. so selow selow saya ket chup.

Dah la duk kat depan sekali.. membelakang kan trainer puloks tu... Badan lengoh, kepala teleng sudah duk pusing belakang.. Trainer laks asyik² duk tanya.. faham x.. faham x? saya n da geng angguk² geleng².. kena jujur wehh... kalau tak jujur.. cam na nak menuntut ilmu.. kan!

So selagi ada kesempatan di sini... cuba memanfaatkan kesempatan yang ada ini sebaik²nya... InsyaAllah ^_^.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Monday, April 11, 2011

Saya berkampung seketika di Sabak Bernam

Syukur Alhamdulillah...

Saya dan kawan² selamat tiba di sini... jauh nya perjalanan. Sepanjanag perjalanan dari Putrajaya ke sini tadi saya merasa sangat² tidak selesa. Di dalam perut nih, semacam jerk rasa.. tekak pun sama. Sesekali macam nak tersembul keluar jerk usus perut saya..Cara saya duduk dalam teksi pun memang tak tentu arah dah. asal saya rasa selesa..

Perjalanan dari Putrajaya ke sini hampir 3 jam dan sewa pengangkutan adalah RM143.00. Tadi selepas dinner kami bergerak ke dewan untuk sesi taklimat.. Aktiviti yang bakal kami lalui macam menarik tertarik... BoMMmm Bangg BoMmm~~

Harap esok penceramah veri da suppporting lohh. Jangan kasi mengantuks sudah... Okeh sampai sini dulu..nanti ada masa saya update lagi ya..InsyaAlllah ^_^.

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Transit @putrajaya...

Selamat pagi senin... monday blues ehh...hehehe!

Saya sekarang berada di putrajaya..jam 11 nanti bergerak ke sabak bernam pula... pehni saya akan berkampung lebih kurang 1 week di sana...wehoo ho~

Saya mendarat d Lcct tengah hari semalam... terus zass ke rumah sepupu @putrajaya. Rest sekejap...petang² sikit mereka bawa saya jenjalan pusing² putrajaya...



Habis tawaf di bawah tasik sana dan dalam tangan masing-masing pun pakat pegang sampul.. So masa untuk ke next destinasi.. Ada budak kicik aisyah nie... lagi seronok berjalan2. mulut dia sama mengomel selaju kaki yang melangkah. saya suka bila dia membahasa kan dirinya dengan nama, Aichah. sweet jerk dengar dia sebut~~


keluarga sepupu saya...MakNgah! Aicah ada baby, hehe! suka aisyah bagitahu saya.. Masa di rumah habis semua benda dia nak tunjuk dengan saya. Pampers dan susu dia pun dia tunjuk... miahaha! sepupu saya sekarang tengah preggy anak ke-dua (8bulan). Alhamdulillah.

Lama juga saya tidak jumpa dengan sepupu saya.seingat saya, last berjumpa hujung tahun lepas. Itupun masa wedding sepupu sorang lagi yang kat penang tuh... Ohh ya sepuppu saya yang kawin itu pun dah perggy. Baru 2 bulan. Alhamdulillah :-)

Ramai sedara mara,adik badik saya ngah preggy sekarang... kat saya pula pakat duk cakap saya semakin berisi a.k.a gemuks! Kalau betul berisi ada isi di rahim saya Alhamdulillah... tak pernah behenti mengharap + berusaha... InsyaAllah ^_^

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!


Saturday, April 9, 2011

weekend yg bosan! x reti reti nak jengah?


Hai Alls.. saya join segmen dari pinky Momma. satu segmen yang simple jerk untuk tatapan hujung minggu. nak tau selanjutnya boleh terjah di blog Pinky Momma.




Kenapa saya bosan?

Saya bosan sebab saya tinggal sendiri sahaja di rumah.. semalam Mr.A ada roger saya untuk sama² ikut beliau ke pangkalan. Dalam hati saya meronta² dah nak ikut beliau ke sana. ibarat kepala menggeleng, hati menjerit mahu.

Saya suka ke sana sebab ada anak² kecil yang mampu membuat saya tersenyum.. Ramai~~ dah tu di sana juga ramai kengkawan dari serata negeri semenanjung. masa lapang saya pasti terisi dengan memori indah.. Uhh best!!

Saya tidak dapat join beliau kerana flight saya ke kL esok jam 10 pagi. Mr.A habis duty maybe jam 8.30 pagi. itu pun belum tentu, depend pada situasi.. Saya memang tidak menaruh harapan yang tinggi dengan time koje beliau.. sentiasa bersedia katakan. so kena terima seadanya.. Lagipun Saya takut tak sempat juga nak kejar masa balik ke Airport sini.. Mana tahu apa² hal berlaku di jalan nanti.. Wallah 'ulam.

So saya terpaksa membosankan diri di rumah... terus mood kelaut.. On9 nih pun kebetulan Mr.A minta saya belikan topup.. so alang² dah on9.. saya menyelinap ke fesbuk.. terjumpa segmen pinky momma..

saya dah join.. anda bila lagi!! ohh ya... esok last day tau... ngeh ngeh ngeh!!


hepyy weeknandos untuk readers!!



Thursday, April 7, 2011

Langkah pertama AyahAnda ke Uict bersama proses pelupusan secara hadiah.

Semalam ada dua kabar yang mampu membuat saya terukir senyuman....kategori senyuman ntah lah,uols baca dulu.. pehtu dicide sendiri na... huhuhu!

Pertama, opis saya menerima kedatangan AyahAnda baru setelah AyahAnda yang sebelum ni berpencen.Yang ke-dua, Alhamdulillah... proses pelupusan secara hadiah pula sedang berlangsng.. Untuk komputer² di makmal tiada masalah sebab under kawalan pihak kami.. anytime boleh jerk nak ambil. Tapi untuk komputer² di tempat staf... sungguh susah saya nak ambil dan di kumpul satu tempat. pelbagai alasan pula tu mereka kasi. haish!

Mereka tak tahu menahu sangat tentang prosedur, dah tu berlagak pandai satu hal... heh! please la.. jangan pamerkan kebodohan diri sendiri okeh. Kalau kita tak lupus sampai berkurun la kita tak ada pembelian aset baru tau. Pembelian itu pun belum tentu bila bulan purnama kita boleh dapat.. so silalah beri kerjasama yang bijak dengan kami.

Ada juga kengkawan yang perihatin.. cakap suruh saya guna cara rampasan... perghhh! mampu kah saya nak buat cam tu. tapi kalau dah payah sangat, serabut kepala hotak.. memang patut lah saya aplikasi kan kuasa rampasan itu. huh!



AyahAnda Haji Ahmad zaini.. mantan ketua jabatan perdagangan dari Politeknik Ungku Omar (PUO). Kebetulan pula AyahAnda melangkah ke sini, di hari proses pelupusan berjalan. so better AyahAnda yang membuat serahan kepada pihak penerima.


Wakil dari sekolah agama dan masjid bergambar kenangan bersama AyahAnda kami yang baru..




Komputer² sedia di angkat.. kini komputer tersebut selamat di masjid dan sekolah di sekitar tanjung batu sana...



Pakcik takut bilangan komputer yang di bawa turun tidak mencukupi..so saya tolong kirakan satu persatu. Sebenarnya dah cukup.. cuma Cpu dan monitor kan dah tidak tersusun sekali. sedikit keliru di situ..



Hah... kira pakcik kira. lucu sangat time nie.. kui3x.



Akhirnya... mereka berpuas hati. Ready untuk di bawa naik ke atas van dan lori. Time ni hujan renyai².



Mesti susun bebaik... nak kasi muat 15 unit komputer ya anak.. hehehe!

Selesai cerita pelupusan hari ini.. esok continue lagi. Minggu ni mesti kena settle pelupusan.due date sudah hampir.. Caragassss!!!!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Bersabarlah wahai hati...

Selamat tengah hari kengkawan...

Lama tak berceloteh di rumah maya Amyna... tumpang time rest ni.. amik kesempatan la sat. Minggu ni unit saya mengalami kekangan masa yang sangat ketat, tak putus² agenda menyinggah di unit saya.

Sekarang ini pun ada kursus untuk staf sedang berlangsung selama dua hari. Kursus e-perolehan. Saya dan staf ict di minta memastikan segala kelengkapan capaian internet di makmal dalam keadaan baik dan kursus berjalan lancar. Tadi pun ada juga problem, biasa lah benda teknologi, ada² saja kemungkinan yang berlaku. Apapun syukur Alhamdulillah dapat di atasi dengan baik...

Dalam masa yang sama saya handle proses pelupusan secara hadiah. haiyoo ini pun satu hal. Dah nama lupus secara hadiah. terpaksa lah test dulu komputer² sebelum di serahkan kepada pihak penerima. Tak kan nak bagi komputer yang langsung tak boleh 'On' kadang boleh 'On' tapi power supply meletup... Ohh tidak. Mau kami kena bahan dengan pihak penerima. Lagipun saya ingat pesan MakAyah , kalau nak bagi barang dekat orang.. bagi barang yang kita suka. Kalau kita tak suka.. jangan bagi dengan orang bagi jerk dekat beruang... Grrrrr~~

Saya sebolehnya nak settle kan proses pelupusan minggu ni juga.. Tapi staf saya banyak songeh lah pula.Mungkin dengan perasaan belas ehsan saya boleh lagi berlembut, dalam saya berlembut mereka seperti mengada² pula...Kalau saya berkasar, nanti ada yang menyumpah saya.. alahaii... susah lah cam ni. saya tak suka! suka ke tak suka saya tetap kena lalui juga. so bersabar lah wahai hati.

Okeh dah...itu jerk nak bebel... semua yang di publish dalam entry ini menggambarkan situasi saya sekarang... kengkawan celaru dan keliru tak baca hasil celoteh saya..i m sorry!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!

Sunday, April 3, 2011

Pertemuan kedua dengan putri fadhilah selepas 9 bulan

Dulu selepas pantang baru saya dapat menziarah Putri fadhilah.. Sekarang fadilah dah 9 bulan baru bekesempatan bertentang mata untuk kedua kalinya.

Itu pun sebab Mr.A ajak saya teman beliau ke pangakalan sana last weekend. Saya suka sebab last weekend tiada aktiviti juga berbanding minggu nie dan 2 minggu selepas. Kursus bahasa 1Malaysia postpone. Minggu ni saya busy... kejap lagi saya nak keluar juga nih..syhh! nanti ada masa saya kabarkan ya. sekarang kita dendiam dulu..



Di pangkalan sana, Mr.A on duty.. saya melepak di rumah ija a.k.a ibu Putri fadhilah. Ieja sangat seronok bila pagi tu saya sms beliau yang saya kompem gerak ke sana.. Lama dah kami tak bertemu..Masa bertentang ja mata kami.. ayat 1st yang ieja ucap. "Syoknya myna mai, ieja sunyi tau"saya terkedu seketika...kalau lah saya tidak bekerja. hmm!

Sepanjang on the way ke sana, Mr.A yang drive...



Fokus pada pemanduan katanya...Tengok mata Mr.A.. suasana pagi yang sejuk, mata pun mula lah minta di layan.. hahaha!



Gambaran perjalanan dari Twu ke Semporna ( pangkalan) sana.. Memang lah kena fokus kan.

okeh sambung cerita Putri fadhilah.. dulu saya bertentang mata dengan dia genap 1 hari ibu beliau lepas pantang. Maksudnya beliau 44 hari la kan melihat dunia yang indah ini. Ehh.. betul ke pantang 44 hari, ke saya salah. Almaklumlah tiada pengalaman. Just melalui pengetahuan sendiri sahaja.



Ini gambar beliau masa lepas pantang bulan 10 yang lalu.. Kelahiran. Masa ni beliau masih lagi samar² akan kehadiran saya di sana.



Pertemuan kali ke-2 nih.. baru betul² meninggalkan kenangan yang dalam di lubuk hati saya. sebab beliau dah pandai berinterkasi dengan saya. Masih terasa lagi beliau memeluk erat badan saya ketika berada dalam dukungan saya. Sekarang dah pandai senyum. Letak dalam baby walker, pandai sudah mencari mana saya pergi.. Main cak cilop cak.. pehtu gelak kesukaan... Ohh kerinduan saya dibuatnya...Minggu ni saya busy.. kalau tak harus saya ikut Mr.A ke sana... ngee~~

Menumpang kasih dengan anak² kengkawan.. anak sendiri belum rezki.. Anak jiran selorong saya hakimi pun dah berpindah ke Lahad datu. Kini di sana ada 2Hero 2Heroin dan di sini 1Hero2Heroin..

Opss! untuk di sana saya bakal menerima 1 lagi ahli baru.. Alhamdulillah rezki untuk beliau sekeluarga. Dulu kami sama² berusaha menanti zuriat. Sekali bila dah melekat 1 orang.. tak putus² pula rezeki zuriat.. ini masuk kandungan yang ke-3. kira 1 tahun 1 zuriat. Syukur... jaga diri bebaik ya kawan!. sipakah dia? biarlah rahsia atas permintaan beliau...


hepyy weeknandos untuk readers!!

God knows that I'm Alive~~

When you call on me > When I hear you breathe > I get wings to fly >I feel that I’m alive || When you look at me > I can touch the sky > I know that I’m alive || When you bless the day > I just drift away > All my worries die > I’m glad that I’m alive ||

You’ve set my heart on fire > Filled me with love > Made me a woman > On clouds above || I couldn’t get much higher > My spirit takes flight > Cause I am alive || When you call on me >When I hear you breathe > (I get wings to fly) > I feel that I’m alive > I am alive ||

(When you reach for me) > When you reach for me > (Raising spirits high) > God knows that|| That I’ll be the one > Standing by || Through good and > Through trying times || And it’s only begun > I can’t wait for the > Rest of my life ||

(When you call on me) > When you call on me || (When you reach for me) > When you reach for me || I get wings to fly > I feel that I'm alive ||

(When you bless the day) > When you bless, you bless the day > (I just drift away) > I just drift away > (All my worries die) > I know that I’m alive ||

I get wings to fly God knows that I’m alive ~~

***********************

Sebenarnya semua kat atas tu adalah lirik lagu by Celine Dion. saya dah terjatuh hati dengar muzik² dendangan beliau.. lontaran sebutan perkataan beliau tu rasa puas hati sangat² bila mendengarnya... Dalam banyak² lagu beliau saya selected yang ini, sebab teacher saya telah meracun kami dengan lagu ini terdahulu, kiranya sebelum saya jatuh hati dengan lagu² beliau...

So, meh tengok video beliau yang saya kopipes dari utube =D






Mood: Rindu dengan suasana kelas, kursus bahasa program 1Malaysia. Lama kan kengkawan kita cuti. saya kangen bangat nak speaking omputih nih.. ekekeke.

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...